Ragbi, sukan pilihan ... (Part 1)

Dalam diam menunggu masa nak masuk U ni, tetiba plak terasa nak tulis sesuatu tentg sukan ni. Ragbi. Salah satu sukan yang tidak diberi perhatian yang secukupnya di negara kita. Haha. Tapi semua tu x penting. Kerana selagi mane ada yang minat dan suka akan sukan ragbi ni, selagi tu lah ia akan bernyawa.

Pengalaman bermain sememangnya tak dapat dilupakan. Walaupun mungkin dah dua tahun x main dan sentuh bola ragbi, tp minat dan passion terhadap sukan ni akan tetap ada dalam diri aku. 

Pada mulanya aku x berapa minat nak sertai pasukan sekolah sewaktu sukan ni mula diperkenalkan di sekolah sewaktu aku tingkatan dua(tahun 2006). Mungkin sebab aku malas kot. Haha. Tapi lepas beberapa minggu latihan bermula, hati aku terdetik la plak nak join team sekolah. Aku masa tu agak yakin(maklumla badan ak beso)untuk mendapat tempat dalam pasukan sekolah, walaupun sebagai simpanan(aku masuk lambat, so tmpt pon kureng la).

Waktu training pertama aku tu, team sekolah(semua batch aku je pon) tengah get ready untuk first ke second friendly game ngan Lambor Kiri, Lamborian x silap aku pada keesokan harinye dan team pada ketika itu agak kekurangan pemain2 forward(yg badan beso, Haha). So, atas sebab musabab aku ni seorg yang berbadan agak besar, maka aku terpilih untuk turut serta menyertai rombongan perlawanan persahabatan menentang Lamborian di SMK Lambor Kiri. Hahaha. First training and get picked. Best gak la. Janji dapat ikut(x dapat main pon).

Gambar ketika Kejohanan Ragbi Jemputan Bawah 14 Tahun Anjuran Cobra dan SMK Seri Bedena
(Kitorang sebagai pasukan underdog berjaya bikin gempak dan mengalahkan tuan rumah namun tersekat di separuh akhir, nnt sambung crite lagi pasal kejohanan ni)

So, thats the begining of my love and passion to the sport called rugby. Tapi bukan semua memori yang tersemat di dada ini indah2 belaka. Ada juga beberapa scene atau kejadian yang pahit. Namun aku tetap akan minat dan cinta akan sukan ni. Banyak jugak perlawanan dan kejohanan yg kitorang bikin gempak.



Setakat ni je cerita ni, akan sambung di post2 yg akan datang.
 SALAM BUAT SEMUA



Share:

0 comments

Komen anda adalah di hargai :D