Inspirasi yang membakar diri...

"It's not about how hard you hit. It's about how hard you can get hit and keep moving forward, how much you can take and keep moving forward."

Rocky Balboa,
Dari filem; Rocky Balboa, filem keenam dari siri-siri filem tinju Rocky.

Filem ni menceritakan kisah hidup seorg pemuda jalanan, Rocky yg pd awalnya hanya bertinju seekadar untuk mencari wang belanja tambahan je. Namun suatu hari, dia telah dipelawa oleh pemegang tali pinggang Heavyweight, Apollo Creed untuk satu perlawanan pertunjukan dengan mempertaruhkan gelaran Juara Heavyweight dunia. Dari situ bermulalah segala usaha Rocky untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi perlawanan tersebut. Dan filem ini berterusan dengan pelbagai babak2 motivasi diri dari awal hingga akhir filem, dari siri pertama keluaran 1976, Rocky sehinggalah Rocky Balboa 2006.

Secara jujurnya, filem ini byk mengajar aku tntg keazaman dan perlunya memiliki hati yang tabah untuk menghadapi hari2 yg bakal mendatang. Mungkin sesetgh org akan kata filem lain pun lebih kurang je, tp bagi aku filem ni memang lain dr yg lain.
 
Cukuplah pasal filem ni, yg aku nk hilightkan adalah kata2 yg kt atas tu.
Fuhhh... mmg smart ayatnye.

Ia bukan tntg sekuat mane kau boleh pukul, tp sekuat mane pukulan yg kau boleh terima dan kau tetap terus bergerak ke depan.
Mmg masuk akal kan.

Dalam dunia ni, ianya bukan tntg berapa baik ke, berapa bgus ke, berapa hebat ke diri seseorg tu. Tapi ianya tentg sekuat mane seseorg tu boleh terus bergerak ke hadapan melawan segala tekanan dan halangan yg menimpa diri.

Bercerita tntg pengalaman hidup aku setakt ni mmg ada kene la jugak kan. Selalu je kene itu la, ini la. Ada je yg tak puas hati, tp aku bukan jenis memberontak dan mengamuk tak tentu pasal. Aku biasanya diamkan je. Tp diam bukan tnda mengalah atau takut. Aku kalau diam maksudnye aku mmg mls nk layan hamba Allah yg tak puas hati ngan aku tu. Almaklumlah kan, tak kan la sebab bende2 bodoh dan remeh temeh sampe nak ajak toe to toe.

Tapi itu sume kisah lalu yg kini hanya kenangan semata-mata dan bende2 camni la yg mengajar aku erti kesabaran dan ketabahan dalam hadapi hidup.

Apa-apa pun, pahit ke, manis ke, masam ke, kepada kawan2 form 5 2009 yg baik ngan aku ke, tak ke terima kasih la atas segala nya.

Moga korang sume berjaya dalam apa jua bidang yg korang pilih untuk pengajian tinggi korang.

SAFE JOURNEY GUYS, MAY ALLAH BLESS YOU.
AMIN.

Share:

0 comments

Komen anda adalah di hargai :D