Sumpahan 26 Disember

25 Disember
Tahun ini tiada bezanya dengan tahun-tahun yang sebelumnya. Apabila tiba tanggal 25 Disember maka secara automatiknya Hariz akan berada dalam mood berjaga-jaga. Mana tidaknya, selepas 25 haribulan maka 26 haribulan akan menjengah. Hariz sudah bertahun-tahun fobia dengan tarikh tersebut. Sejak bencana tsunami yang terjadi pada tanggal 26 Disember tahun 2003 sembilan tahun lalu, hidup Hariz berubah. Dia seakan-akan percaya bahawa pada tanggal tarikh itu, bala tuhan pasti tiba. Bala dalam bentuk bencana alam dan malapetaka dunia.

Semua ini semakin dia yakini apabila dia dengan bersungguh-sungguh mengkaji tarikh keramat 26 haribulan Disember. Dan sumber rujukan utamanya adalah alam maya. Lebih terperinci, facebook.

Jadi hari ini, selepas menikmati sarapan pagi serta merta Hariz menghidupkan komputer ribanya. Log in facebook dan terus skrol timeline dengan cermat. Membaca satu persatu berita yang terpampang di dinding alam maya.

“Hah!” jerit Hariz selesai membaca berita “mutakhir” tersebut. Kenapa mutakhir? Kerana ramai sungguh yang share berita tersebut. Pada dia, lagi banyak share maknanya lagi sahihlah berita tersebut. Komen-komen yang menggalakkan menjadi penambah rasa pada berita tersebut.


“Apa benda kau ni? Terpekik-pekik.” Johan menampar belakang kepala Hariz. Gelas kopi di tangan kanannya di hirup perlahan.

“Ni haa. Cuba kau baca.” Hariz menunjukkan apa yang dibacanya sebentar tadi pada Johan.
Johan membaca sepintas lalu. “Eleh. Setakat berita orang share-share ni, tak payah nak hairan sangatlah. Berapa kali dah aku pesan, berita-berita macam ni, jangan telan sebijik-sebijik time tu jugak. Kaji dulu.”

“Aku kaji dah. Kalau kau tak percaya, esok kau tengoklah mesti ada bencana alam. Gempa bumi ke, tsunami ke, tanah runtuh ke.”

“Kau suka sangat semua tu?”

“Aku bukan suka. Tapi aku berjaga-jaga.”

“Kau menilik? Kau tahu?”

“Otak kau!”

“Lantak kau lah. Psiko.”


26 Disember
Hariz masih berdengkur di atas sofa.  Sementara Johan melayan facebook  dengan galaknya. Hari ini adalah harinya. “Hah! Hariz bangun tidur. Bangun!”

Berpisat-pisat Hariz terjaga dari lena. “Apa benda kau ni? Pagi-pagi dah memekak?”

‘Semalam kau memekak takpe pulak?”

“Huh!”

“Ni, mari tengok ni. Kau punya berita sensasi semalam tu. Ada orang dah approvekan kesahihannya.”

“Ahah! Kan aku dah kata semalam. Kajian aku benar belaka.” laju saja  Hariz memuji diri sendiri.



“Ini bukan membenarkan. Kau dah tak reti baca ke apa?”

“Heh.”

“Kau sengaja kan?”

“Sengaja apa?”

“Nak kenakan aku?”

“Ye ke macam tu?”

“Ahh! Pergi mampuslah. Nanti kalau Malaysia ni gempa bumi, tsunami jangan kau cari aku. Celaka!”

“Peduli pulak aku.”

Dengan galaknya Johan menggelakkan Hariz. Satu kepuasan hadir bila dia dapat mengalahkan Hariz dalam perkara-perkara begini.

27 Disember
Pagi yang bermula  indah bertukar menjadi gundah apabila tanah yang diam tiba-tiba mula bergoncang. Burung-burung terbang lari mambawa diri jauh dari lokasi. Lautan manusia yang tadinya tenang dengan perihal masing-masing kini bertebaran lari menyelamatkan diri. Mencari tempat berlindung. Ya. Gempa bumi datang melawat hari ini.

Sebaik sahaja terasa gegaran, Hariz mencapi telefon bimbitnya.

“Johan kau kat mana?”

“Aku kat McD ni. Beli sarapan. Kau okay tak? Kat rumah terasa tak gempa tadi?”

“Hah! Aku dah cakap dah kat kat semalam. Mesti ada jadi punya bencana alam.”

“Masa-masa macam ni pun kau nak ungkit lagi?”

“Mestilah! Aku cakap dah semalam…..”

“Hariz?!”

Tuuuuuuuutttttttt

Talian sebelah lagi sudah tidak berjawab.

Gempa hari itu meyebabkan kematian beribu jiwa. Berjuta pula yang terkesan daripada kejadian itu. Benarlah apa yang di kata. Jika tuhan turunkan bala, bukan yang berdosa sahaja yang akan merasa. Bahkan mereka yang disekelilingnya juga akan ditimpa bala yang sama. Itu janji tuhan.

Hari ini, Hariz menang perbahalannya dengan Johan. Tapi dia kehilangan nyawa. Johan? Hidup menjadi saksi kebenaran kajian Hariz.

----------------------------------------------------------------------------------------

Tuhan mentadbir alam dengan kuasa-Nya. Siapa kau nak nafikan?

Tuhan mendatangkan bala bencana sebagai pedoman, ikhtibar buat yang beriman. Iman kau masih ada?

Jangan dicari bila kan datangnya kemusnahan dunia. 
Itu semua kerja Dia.
Kerja kita?
Yakin. 
Yakini setiap yang dari dia itu terbaik untuk kita. Terbaik untuk dunia.

Taksub memakan diri.
Angkuh pula menjadi bisa.
Andai tidak terawat, melayang nyawa terpisah badan.

Nota: Buat yang rajin membaca. Nah! KLIK SINI. Semua bencana jadi 26 haribulan ye? Betulkan fakta anda. Jangan percaya melulu-lulu. Telan tak reti kunyah. Masuk mulut tak baca bismillah. Terima kasih.

Quran:
"Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu orang yang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."
(Al-Hujurat:6)


Share:

0 comments

Komen anda adalah di hargai :D