Bidadari Khayalan
Di pembaringan, perlahan-lahan mata aku buka. Pandangan aku
masih kabur ketika ini. Terasa kebas seluruh badan. Kepala pula pening. Bahu
kiri terasa berat. Perlahan aku toleh ke kiri badan.
Siapa pula ni? Kepalanya terlentok manja
di bahuku sementara badannya pula berbaring mesra di sebelahku. Tangannya duduk
betul-betul di atas dadaku. Terasa hangat tubuhnya mengalir pada aku. Awak?
Macam mana awak boleh ada di sini?
Mengigaukah?
Patutkah
aku mengejutkan dia? Mana mungkin aku berbuat begitu. Dia kelihatan suci sekali
ketika ini. Umpama bidadari dari kayangan, hadir untuk meneman. Biarlah untuk
beberapa ketika lagi, dia disini. Berada hampir dengan aku.
Andai
untuk selamanya pun, aku sanggup. Biarlah begini. Biarlah diam seketika sebelum
mata aku tutup semula. Nafas ku hela perlahan. Mahu menikmati saat ini. Saat
bersama bidadari hidupku.
Bila
mata ku buka semula, ternyata aku sendiri di katil bujangku. Ahh. Kenapa?! Sesal aku ketika ini tiada
terkira. Kenapa harus aku menutup mata dan kembali ke alam nyata? Aku lebih
gembira di sana. Muka ku usap perlahan. Apa boleh buat, tempat aku di sini
bukannya di sana.
Bidadariku,
nantikan kepulanganku.
Tags:
Idea Cerita
0 comments
Komen anda adalah di hargai :D