LAZUARDI
Lazuardi by Nasz
My rating: 4 of 5 stars
Tahniah pada Nasz kerana berjaya menghasilkan satu karya yang membuatkan aku membenci hampir ke semua watak yang ada dalam cerita ni.
Kerana apa?
Mama anaz, Lily, Ain, Kila memang watak-watak yang patut di kutuk sebab tindakan-tindakan mereka yang tidak masuk akal. Perangai serupa tak ada otak. Tak ada hati perut punya manusia. Itu semua yang baca mesti setuju.
Then ada ayah Anaz dan Nueq yang tak banyak diketengahkan wataknya. Sebab aku benci adalah kerana ayah Anaz yang dayus. Dayus kerana tunduk pada isterinya pada perkara-perkara yang tak sepatutnya. Dibiar aje Anaz macam tu. Nueq pula gayanya macam tak tau je Anaz dah macam balaci kat dalam rumah tu. Tapi itulah, dua watak ni tak banyak impaknya kecuali untuk keruhkan keadaan bagi Anaz dengan kematian mereka.
Odie yang mulanya konon sahabat dunia akhirat Anaz boleh pula dikaburi matanya. Jampi apa Ain pakai sampai terus tak nampak syaitan yang menyelubungi Ain tu? Inilah dia buktinya, perempuan itu merbahaya. Fitnah di dunia.
Shark “The Prince Charming” pula hadir seikhlas hati nak menyelamatkan si Anaz ni. Nampak macam tak ada sebab nak benci dia kan? Tapi sikap dia yang stay low, penuh kesabaran dan kadang-kadang macam ambil mudah tu menyebabkan bibit-bibit benci muncul. Boleh pula dia biar je Ain pegang-pegang tangan dia depan Anaz. Apa ke halnya? Nak bagi cemburu ke? *sighs
Watak utama, Anaz. Kenapa dia pun aku benci? Simple je, zalimi diri sendiri. Tapi itu cuma hadir masa nak ending cerita je. Selepas dapat tahu status sebenar diri dia, Anaz jadi macam tak keruan, hilang semangat nak hidup. Sampaikan minta cerai dengan Shark. WTH? Tahulah depressed tapi bersyukurlah masih ada yang sayang. Yang sampai macam tu sekali kenapa? Zalim betul dengan diri sendiri.
Tapi itu semua hanyalah my point of view. Benci yang hadir tu pun semasa baca novel je. Tak lebih dari itu. Ending yang macam di percepatkan pula macam merencatkan sedikit mood bacaan. Sepertinya penulis sudah tak sabar nak habiskan penulisannya.
At the end of the day, totally worth it. I would recommend any of reader out there to get your copy. Cerita/Penulisan yang penuh dengan feel dan emotion. Buktinya, aku sampai campak novel ni beberapa kali sebab sakit hati. Good job Nasz.
View all my reviews
0 comments
Komen anda adalah di hargai :D