Hari ni dah masuk hari kedua line internet rumah buat hal. Kejap ada, kejap tak ada. Pengaruh chipsmore sungguh.
Aku dekat rumah ni dah mati akal. Bila tak ada internet, mulalah meroyan tak tentu pasal. Hidup bergantung pada internet ni sungguh memudaratkan. Kau boleh disedut masuk ke dalam dunia atas talian ni dan terus berada di dalamnya tanpa sedar.
Bila cakap pasal internet ni, aku teringat dulu masa masih muda dan comel, aku dan sepupu aku pergi ke kedai komputer semasa kami di kampung.
Masa tu kami cukup teruja nak ke kedai tersebut. Maklumlah, kedai komputer yang pertama dalam kampung. Tuan kedai pula kawan baik keluarga mak, dah kenal. Memang seronoklah.
Sampai saja di kedai kami tengok dah ramai budak-budak sebaya kami sedang rancak menghadap komputer-komputer yang ada. Nasib baik ada lagi tiga buah yang kosong. Kalau tak, sia-sialah berjalan daripada rumah atok ke kedai komputer ni. Bukannya dekat.
"Acik Yop, kami nak main komputer jugak. Macam mana ek?"
"Tu ada kosong tu. Pergilah. Dua ringgit sejam."
"Okay. Terima kasih Acik Yop."
"Oii... Oii... Oii... Mari sini bayar dulu."
"Hehe. Lupa Acik Yop." kami masing-masing keluarkan RM2 dan serahkan kepada Acik Yop.
"Kau nak main apa Jim? Reti tak kau guna benda ni?" belum sempat aku duduk, sepupu aku dah tanya aku soalan macam-macam.
"Entahlah."
"Jim, ada game pinball!" punyalah teruja sepupu aku tu.
Maka aku dengan sepupu aku pun buka game pinball. Sampai sejam main benda itu je la kami. Dan hari ni baru aku perasan yang kami sangatlah naif masa tu sebab kedai tu ada internet. Cuma kami yang tak tahu nak guna.
Acik Yop pun satu. Diam je tengok kami main pinball. Bukan nak ajar cara guna internet!
Nota Jalanan:
Kau tahu apa yang lagi sedih daripada tak ada internet?
Ada internet tapi tak tau nak buat apa!
0 comments
Komen anda adalah di hargai :D