Minggu Pengurusan Pelajar Baharu KMPk 2020 - Satu Ingatan


Biasanya lepas habis je Minggu Pengurusan Pelajar Baharu, aku akan tuliskan satu ucapan penghargaan dan tahniah kepada para AJKO dan Alumni. Inilah yang aku buat sejak awal aku terlibat sebagai Alumni. Tujuannya? Untuk pastikan semua dapat ingat kenangan dan pengalaman sepanjang bertugas tu. Juga untuk jadi the final seal untuk pastikan semua susah nak move on. 

Dan dalam ucapan inilah aku cuba sebaiknya curahkan segala rasa bangga dan puji pujian pada semua atas komitmen tak berbelah bahagi mereka. Komitmen yang aku rasa aku sendiri pun tak akan mampu nak beri. Itulah luar biasanya AJKO setiap tahun. 

Tapi tahun ni memandangkan aku tak terlibat, nampaknya aku tak dapat nak tuliskan satu ucapan seperti selalu. Walaupun aku cuba nak tulis sesuatu untuk hargai mereka semua, tapi entah kenapa perkataannya tak terkeluar. Semua bermain dalam kepala aku tu tak dapat nak diluah dengan kata kata. Sedangkan aku dah sebut Jumaat malam tu aku nak up sesuatu ke dalam group. Tapi apa dayanya aku ni. Lemah menanggung emosi.

Jadi kat bawah ni aku kumpulkan balik tulisan tulisan penghargaan aku setiap tahun. Moga ada kebaikannya kepada korang yang baca.

Nota:
1. Ketik gambar untuk baca tulisan penuhnya.
2. Gambar & tulisan untuk tahun 2015 dan sebelumnya ada di Instagram lama yang dah terkubur.

2016


2017


Tulisan tahun yang sama:

1. Nak Turun As Alumni?
2. From AJKO to Brothers
3. Terima Kasih Rakan Alumni!

2018

Tulisan tahun yang sama:
1. Penghargaan Untuk The Jejaka
2. Mengenang Kembali 
3. It's Okay Gegadis
4. My Alumnus Part 1
5. My Alumnus Part 2


2019



Tulisan tahun yang sama:
1. Berita Buruk
2. Mereka Yang Hebat


******

Itu sahajalah untuk blog update yang tak seberapa ni. Cadangnya nak buat come back sebab banyak yang aku tulis sekarang ni aku tak rasa kuat nak post di Facebook dll

Begitulah.


Share:

0 comments

Komen anda adalah di hargai :D