Isteri Aku Masuk Wad, Tapi Aku Sibuk Dengan Alumni
Kalau aku kata yang Khamis malam masa isteri aku masuk wad tu, aku sibuk di Whatsapp mungkin ada yang akan persoalkan keutamaan aku.
Baca sini: Isteri Aku Masuk Wad Bersalin
Tapi, ya. Itulah yang berlaku. Malam yang isteri aku masuk wad bersalin tu, sementara tunggu di luar, aku sibuk dengan urusan MPPB. Sementara isteri aku penat menunggu doktor pakar untuk periksa kandungan tu, tumpuan aku adalah pada nak membantu MPPB.
Malam tu, ada AJKO yang tak sihat. Katanya menggeletar tangan lah apa lah. Aku tengok ini tak boleh tunggu lama dah. Kena bawa ke klinik. Jadi aku berilah arahan. Aku suruh Iliya sedia untuk jadi pemandu. Aku suruh Farhira teman bawa AJKO tu ke klinik. Dan selagi dua ketul ni tak respon, selagi belum dibawa AJKO tu ke klinik, memang aku tak duduk diam. Risaukan keadaan diorang ni kat sana. Takut diorang tak terfikir apa tindakan nak buat.
Dan ingat, dalam masa sama tu isteri aku masih ada kat dalam wad. Menunggu doktor pakar.
Bila isteri aku mengadu lapar, aku berjalan ke cafe yang boleh tahan jauhnya. Sementara berjalan ke cafe tu, mata aku tengok dalam group Whatsapp. Cuba nak tengok apa benda yang aku boleh cover nak bantu. Samada bantu tenangkan AJKO ke, beritahu apa nak buat ke dll
Sebab aku tahu, tekanan jadi orang yang mengetuai Alumni dan AJKO masa MPPB ni tinggi. Tinggi sangat sampaikan kalau tak fokus dan terkejut dengan apa apa isu, boleh jadi blur dan tak ketahuan apa nak dibuat. Jadi sebab itulah aku sedaya upaya aku daripada awal, cuba pastikan aku 'hadir' dan ada setiap kali diorang berdepan masalah. Aku tak mahu sia siakan pengalaman aku. Dan aku tak mahu diorang jadi macam aku awal awal dulu. Terjun masuk dunia MPPB ni tanpa ada bimbingan dan bantuan sewajarnya.
Juga satu lagi sebab aku sibuk sibuk juga bantu diorang walaupun isteri aku ada dalam wad adalah sebab aku percaya, kalau nak urusan aku dipermudahkan, aku sendiri kena mudahkan urusan orang dulu.
Ini yang aku pegang daripada awal dulu aku masuk Alumni. Dan inilah yang jadi antara kekuatan aku untuk teruskan bersama Alumni walau apa pun kesusahan, cabaran dan masalah yang ada.
Aku bertahun dalam Alumni dan aku sendiri dah rasa sendiri. Bila aku buat sesuatu dalam Alumni yang mudahkan urusan orang lain, tak kiralah apa program pun, mesti ada benda benda baik yang jadi ke aku. Samada urusan dipermudahkan urusan ataupun dimurahkan rezeki yang tak disangka sangka.
Jadi malam tu, dalam pada aku mula mula stress sebab isteri aku kena masuk wad tu, aku terus jadi tenang sikit bila aku mula sibukkan diri bantu diorang untuk MPPB.
Dan syukur Alhamdulillah (dinikmati), isteri aku jam 9.00 malam tu doktor sahkan dah tak ada apa apa. Semuanya okay. Suka aku nak highlight disini, masa isteri aku beritahu yang dia okay tak ada apa apa tu, itu betul betul lepas aku tolong setupkan AJKO tu ke klinik. Betul betul on the spot Allah permudahkan aku dan isteri malam tu. Macam ajaib, kan? Tapi itulah yang terjadi.
Itulah salah satu cerita yang aku boleh kongsikan untuk MPPB kali ni. Mungkin ada lagi selepas ni. Kita tengok nanti, okay?
Cuma, pesan ringkas aku pada yang sudi baca ni, jangan kita pandang rendah pada janji Allah. Kalau kita percaya dan baik sangka pada dia, insyaAllah semuanya akan baik baik belaka.
Begitulah.
0 comments
Komen anda adalah di hargai :D