Trip Ganu #3: Aku Paksa Buat Gathering


Sambutan 10 Tahun Alumni beberapa bulan lalu sebenarnya telah mewujudkan satu aura dan momentum baik dalam kalangan alumni yang menggerakkan program.

Bila tamat saja program, aku katakan yang momentum ini perlu ada kesinambungannya.

Jadi, bermula daripada situ, aku mula letakkan tekanan pada Exco Perhubungan Persatuan Alumni KMPk. Universiti yang ada ramai alumni kita, lagi lagi yang ramai Team Alumni Gigih, mesti buat satu aktiviti gathering. Mesti. Wajib.

Dan yang pertama aku push suruh buat gathering haruslah geng geng penyu, Universiti Malaysia Terengganu. Sebab disana, ada ramai alumni kita yang aktif dan juga ada tim yang proaktif. Juga ada leader yang baik.

Tapi, tak jangka, dalam masa sama tim di Universiti Sultan Zainal Abidin pun susun gathering mereka. Elok selang sehari je selepas gathering jiran mereka, UMT.

Hebat geng pantai timur. Terima kasih and job well done, guys. Terutamanya yang gigih tak habis pastikan semuanya berjalan lancar.

Gathering Alumni KMPk @ Kampus ni objektifnya mudah; mengumpulkan para alumni di kampus sambil mengeratkan silaturrahim. Tak semestinya kena buat makan makan. Nak buat hiking boleh, pergi kutip sampah tepi pantai boleh, nak buat game memanah sama sama pun boleh. Asalkan aktiviti tu memberi manfaat dan capai objektif kita.

Gathering Alumni KMPk yang dibuat oleh alumni kita di UMT dan UniSZA ni, nampaknya dah bawa impak dan reaksi yang positif.

Sekarang ni, geng geng alumni kita di UiTM dan USIM dah sedia untuk anjurkan gathering mereka.

Info terbaru, alumni kita di UniMAP pun sedang susun susun jawatankuasa untuk gathering mereka

Satu persoalan muncul. Universiti yang ramai 'alumni gigih' kita macam USM, UKM, UPSI tu, memang semua mandom ke macam mana? Haha!

Tahniah sekali lagi pada semua yang menjayakan aktiviti gathering di kampus masing masing. Moga usaha kita ni akan diikut oleh alumni kolej matrikulasi lain di masa akan datang. Alumni KMPk sebagai ikon persatuan.

Hasnul Adin
Naib Presiden 1
NGO Alumni KMPk

Share:

0 comments

Komen anda adalah di hargai :D