Tentang Buku - Tuesdays with Morrie

Tuesdays with MorrieTuesdays with Morrie by Mitch Albom
My rating: 3 of 5 stars

Bila baca Tuesdays with Morrie ni, aku rasa sangat terkesan dan semakin percaya akan kepentingan seorang guru atau mentor.

Banyak yang kita tak tahu, tak sedar dan belum jelajahi dan alami dalam hidup kita ni. Dan tak mungkin kita akan dapat nak rasai atau alami semuanya.

Disinilah pentingnya seorang mentor. Berkongsi pengalaman dan kebijaksaan yang diperoleh sepanjang tempoh hidupnya.

Lagi bertuah kalau dapat mentor yang nampak potensi diri kita dan bersungguh-sungguh bantu kita penuhi potensi diri sepenuhnya.

Morrie, walaupun ajal menunggu disebalik pintu, tetap mahu memberi inspirasi kepada semua orang. Dia tidak mahu duduk dan menunggu ajal. Dia mahu terus membantu orang. Walaupun tika itu dia hanya mampu terbaring di katil.

"When you're in bed, you're dead."

Tulisan Mitch Albom tak pernah mengecewakan. :)



View all my reviews


Muka surat terakhir.


Share:

0 comments

Komen anda adalah di hargai :D