Tentang Buku - Qisas [Trilogi Murtad]

8:37 PM Hasnul Adin 0 Comments

Qisas.
Bagi aku novel yang ketiga ini sangatlah menghiburkan dari segi aksinya. Dari awal sampai mula aku cukup terhibur dengan scene permainan senjatanya.
Rompakan bank, Akhil menyelamatkan Jun, waktu nak bunuh target pertama dan kedua, waktu Akhil buru Awang Teloq sampailah part yang last masa diorang lawan dengan Bahjan, semuanya aku bayangkan dengan first-person view. Rasa macam main Call of Duty sungguh. Memang sempoi. Haha!
Sebenarnya aku rasa aku sepatutnya baca semula Murtad dan ending Tuhan untuk recall balik a few things yang aku rasa macam blur sekejap.
Contohnya kalau tak baca ending Tuhan, mungkin tak akan faham kenapa Akhil kata semua yang terjadi pada diorang ni adalah sebab diorang sendiri dan kalau diorang tak buru mangsa2 tersebut, diorang tak akan terperangkap dalam bala yang diatur Bahjan. Mungkin watak Johari pun pembaca tak ingat.
Kemudian sejujurnya aku rasa ending dia macam tergesa-gesa dan macam tangkap muat pon ada. Haha!
Diorang larikan diri selepas Zulaikha mati dan Zahra dilahirkan kemudian boleh pulak Maria lalu kat tempat diorang larikan diri. Tiba-tiba ada Maya sekali. Masa ni aku rasa terkejut juga. Sudahlah Maria tiba-tiba tahu diorang ada dimana kat Kedah tu (Okay. Boleh katalah Akhil bagitau walaupun dialog tu tak wujud.), Maya tumpang kereta Maria pun aku rasa macam "Whattttt?!" pada mulanya.
Tengah haru biru tu Maya tembak Adam, suasana jadi tegang dan entah dari mana muncul Razman tembak Maya. Hebat Razman ni sampai boleh jejak Adam dengan Akhil macam tu sekali. Haha!
Aku juga rasa kalau dipanjangkan lagi, ditambah cerita sikit sebelum diorang hiduo sebagai pelarian pun okay juga. Sebab bersambung bab baru, cerita terus langkau 4 5 tahun ke depan. Zahra pun dah boleh bercakap. Aku nak tahu juga macam mana diorang survive. Haha!
Walaubagaimanapun ianya tetap menghiburkan dan berjaya memberikan kepuasan kepada aku.
Disebabkan watak dan scene yang macam tergantung tu macam banyak, apa kata penulis buat novel sambungan, Part 4 of Murtad. Haha!
Bolehlah cerita apa yang terjadi kepada Adam dan Akhil lepas larikan diri masa scene last tu. Kemudian tambah cerita tentang Razman. Bagi lagi masyuk, buat cerita yang Razman bertembung dengan Adam dan Akhil dan kemudian Razman mintak tolong Adam dan Akhil. Diorang bekerjasama dalam satu kes di Thailand. Haha! Boleh tahan imaginasi aku. Macam cerita Fast Furious pula.
Tahniah pada penulis. Dah lama aku tak rasa teruja macam ni bila baca novel.
4 star for the Trilogi.
3 star for Qisas.

You Might Also Like

0 comments:

Komen anda adalah di hargai :D

Powered by Blogger.