Cinta Gitar Hitam [Part 7]
Don: Sepupu Aizat tu. Sofia namanya. Ada la
hal penting tu kalau cari sampai ke studio.
Hanif: [Menggumam] Tapi
macam pernah nampak je budak tu...
Jo: Aii.. Terpikat ke bang? Hahaha
Fiq: Wei.. Aku punya.. Huhuhu
Hanif: Mana ada la Jo.
Don: Tak payah nak gatal sangat. Anak dara
orang tu. Main booking pulak dah. Kalau nak sangat pergi la jumpa parents dia.
Ada berani ke Fiq?
Fiq: Heee. Not yet lah Don. Huhuhu
Don: Berangan je korang ni.. Hehehe.. Kalau
lambat, nanti melepas..
Jo: Hahaha.. Abang Don kita pon mengharap
rupanya.. Ada niat rupanya..
Don: Hish.. Mana ada.. Bukan aku, tapi tu..
Fiq: Siapa? Siapa? Anip ke?
Hanif: Erk.. Aku?
Jo: Habis la kau Fiq. Takde peluang la nak
dapat. Hahaha..
Hanif: Abang Don mengusik
je tu. Kenal pon tidak. Macam mana nak sangkut. Huhuhu..
Don: Tak kenal, boleh berkenalan. Bukannya
susah. Simple equation je tu. Soalnya, anak jantankah anda?
Malam itu Hanif ke bilik Shah untuk study bersama. Aizat tiada di
bilik kerana ada study group di luar.
Hanif: Shah.. Aku teringin
la nak fly..
Shah: Ahh sudah kawan aku
sorang ni.. Berangan nak jadi superman ke ape? Haloo.. Mamai ke Anip?
Hanif: Hish.. Bukan fly
itu la. Maksud aku belajar kat luar negara. Pergi negara orang menuntut ilmu. Merasai pengalaman merantau.
Shah: Laa.. Ingatkan apa
tadi. Kau nak ke mana hajatnya?
Hanif: Aku teringin nak ke
Mesir. Aku tengok post member-member aku yang kat FB tu, ramai yang macam
seronok je belajar kat sana. Terasa nak jadi macam diorang.
Shah: Allahuakbar. Besar
hajat kau Anip. Tak ramai yang dapat peluang macam tu. Tapi kenapa tiba-tiba
je? Sebelum ni takde pon.
Hanif: Aku cemburu. Member
band Jat tu ada sorang dah fly sana. Dulu aku pandang serong dia. Tapi sekarang
dia pulak yang pergi belajar sana. Aku rasa terpukul. Serius rasa cemburu.
Shah: Ohh.. Macam tu ke.
Baguslah kau cemburu.
Hanif: Kenapa pulak?
Shah: Yelah. Kalau takde
rasa cemburu tu, kau takkan ada rasa nak fly juga. Hasrat nak belajar di bumi
Mesir tu mungkin takkan timbul. Cuba kau fikirkan.
Hanif: Betul juga tu. Tapi
serius Shah, aku teringin sangat.
Shah: Teringin je, tapi
kalau takde usaha dan doanya tak kemana juga. Sekarang banyak dah cara nak
sambung belajar ke sana. Try search kat internet. Tak pon kau tanya la
ustaz-ustaz yang mengajar kat kolej kita tu.
Hanif: Betul juga.
Nantilah aku cuba. Hemm..
Shah: Apa lagi yang kau
fikirkan Anip? Nak kahwin pulak ke?Anak dara siapa yang kau sangkut ni?
Hanif: Hehehe.. Takde lah
sampai ke situ aku fikirkan. Tapi ada jugaklah kaitannya. Hahaha..
Shah:Hah? Kau biar betul. Nak kahwin?
Hanif: Bukanlah Shah.
Bukan kahwin tu. Tapi ada kaitan dengan anak dara orang jugak. Kau kena tolong
aku..
Shah: Tolong apa tu? Nak
aku jadi orang tengah?
Hanif: Dengarlah dulu.
Orang tengah lah apa lah… Macam ni. Aku…
Hanif menceritakan kepada Shah tentang masalahnya. Shah angguk tanda
faham. Sesekali berkerut dahi Shah mendengar cerita Hanif.
Shah: Bisa diatur..
Hahaha.. Apalah kau ni Anip, aku ingatkan apa tadi. Nantilah aku try tanya dia.
Hanif: Janganlah gelak.
Kau try tanya ye. Nanti bagitau aku. Tapi, seganlah aku lepas ni nak jumpa dia.
Shah: Hahaha.. Kenapa
pulak? Dia kawan kita, mesti dia faham punya. Jangan risaulah. Aku yakin.
Hanif: Okaylah..
Insyaallah. Thanks bro. Tapi jangan bagitau kat dia cerita tu. Bagitau yang aku
nak jumpa je. Ada hal penting.
Beberapa hari kemudian, di masjid selepas solat zohor..
Aizat: Assalamualaikum
Anip.
Segala sokongan dan perkongsian anda saya amat hargai. Pendek sangat ke post ni? Kalau pendek bagitahu ye. =D
Siapa belum baca ni?
Mengejar Layang-Layang
Jom baca =P
Tags:
cinta gitar hitam
0 comments
Komen anda adalah di hargai :D