Puasa Ganti Sarapan

1:08 AM Hasnul Adin 2 Comments





Aku baru pulang dari solat subuh. Jam hampir menjengah ke pukul 7 pagi.

“Assalamualaikum abang...”

“Waalaikumussalam sayang...”

“Abang dah sarapan?” ceria isteri aku bertanya.

“Belum lagi. Tak tau nak makan apa...”

Aku melabuhkan diri di sofa. Televisyen dibuka. Rancangan Tanyalah Ustaz menjadi pilihan.

“Laa... Kenapa sampai macam tu? Abang try buka peti ais...”

“Tak mahu.”

“Abang... Abang cubalah buka dulu. Tengok apa yang ada... Boleh kan?”

Aku melepaskan lelahan. Bukan aku tidak mahu, tetapi sengaja melengah-lengahkan perbualan kami.

“Peti ais kita kosonglah sayang... Tak buka pun abang tau.”

“Lagipun, abang bukan tau nak masak macam sayang...”aku menyambung lagi.

“Jom tengok dulu apa yang ada. Nanti sayang bagitau macam mana nak masak.”

Dia terus menerus cuba memujuk aku. Aku senyum sendiri. Kemudian aku bangun dan terus ke dapur. Menuju ke peti ais kami yang tidaklah semegah.

“Ada air kosong je... Dengan ikan bilis yang awak goreng hari tu.”

“Biar betul abang?”

Nadanya berubah. Aku pasti kini dia sedang risau.

“Tipu je.” Aku ketawa sendiri.

“Hish... Abang ni. Buat saya risau je.” nadanya sedikit lega.

“Cuma ada air kosong je.”

Dia terdiam.

“Eh... Sayang, ada petailah.”

Aku terus ketawa.

“Abang... Saya minta maaf ye.”

Kali ini, aku pula yang terdiam.

“Saya minta maaf sebab tak dapat sediakan sarapan untuk abang...”esakan kecil kedengaran.

“Menangis ke isteri aku ni?” Aku bertanya pada diri sendiri.

“Saya minta maaf sebab tak dapat temankan abang hari ni...” kini dia tersedu-sedu. Aku jadi serba salah.

“Sayang... Tak mahulah macam ni. Tak mahu nangis-nangis. Hilang seri.”

“Saya... Abang... Saya tak...”

“Sudalah tu...”aku mencelah.

“Sudah. Tak mahu nangis-nangis. Buruklah muka awak nangis.” aku cuba memujuk.

“Mana abang tau buruk? Bukannya abang nampak saya pun.” nadanya sedikit tenang.

“Abang bayangkanlah. Bukan susah pun.”

“Mengada-ngada abang ni tau.”

“Biarlah. Bukannya selalu.” aku mempertahankan diri.

“Abang main-main je tadi. Saja nak sakat awak.” aku cuba tenteramkan dirinya.

“Hemm... Suka tau buat orang...” dia tergelak kecil.

“Tapi peti ais ni memang kosong tau. Abang tak tipu...”

“Habis tu... Macam mana ni? Abang tak sarapan lagi kan?”

“Tak mengapa sayang... Hari ni, abang puasa je.”

“Emm... Abang... Nanti saya balik, saya masak yang sedap-sedap untuk abang. Saya janji.” kali ini, dia cuba memujuk aku.

“Bila nak balik dari kursus?”aku bertanya.

“3 hari lagi.” jawabnya. Manja.

“Haiii... 3 hari ni puasa je lah abang ye.” aku mengeluh.

Kami sama-sama ketawa.

______________________________________________________________________

Ingatkan kita, pernah Rasulallah s.a.w bertanya pada Aishah r.a apakah ada sesuatu untuk dimakan sebagai sarapan. Apabila Aisahah r.a berkata "tiada ya Rasulallah" maka baginda memilih untuk berpuasa.

Kita hari ini, penuh nikmat. Terlalu nikmat barangkali. Sehingga kita terlupa diri kita yang sebenar. Pendosa.




You Might Also Like

2 comments:

  1. org sekarang seperti hidup utk makan...

    ReplyDelete
  2. cikgu ma : npknya begituIah .. sama2 kita ubah .. start the change

    ReplyDelete

Komen anda adalah di hargai :D

Powered by Blogger.