Anak Aku Idola Kecil?

10:54 PM Hasnul Adin 2 Comments



“Ayah... adik nak masuk idola kecil boleh?”



Panas hati ni sebenarnya apabila melihat promo-promo dan iklan rancangan Idola Kecil ni. Di akui, aku memang jenis orang yang minat muzik. Sangat minat. Aku ada juga mengikuti beberapa rancangan muzik realiti yang lain, tapi tidaklah tegar. Tapi apabila melihat rancangan ini, yang mana ‘aim’ atau golongan sasaran mereka adalah kanak-kanak, aku jadi marah. Sedih pun ada. Sadis sungguh.

Media memupuk nilai-nilai “...mahu berjaya, harus jadi artis...” atau “...dunia sekarang, jadi artislah yang paling utama...” ke dalam jiwa kanak-kanak.  Bukannya nak dilabel artis ini semuanya negetif, tetapi dunianya menjerumus ke zon negetif. Zon merah, yang bahaya pastinya. Apabila sudah masuk, mencari jalan keluar ibaratnya sesat di hutan belantara tanpa GPS. Okay.  GPS ada, tapi berapa ramai yang guna GPS iman tu? Hee.

Advance sangatlah pula kan. Tapi itulah realitinya.
Seperkara yang lebih membuakkan kemarahan adalah dalam salah satu promo tu, ada anak gadis yang bertudung, berjoget sakan menyanyi lagu Stacy. Sedih juga melihatnya. Tolonglah jangan bayangkan bagaimana gaya budak tu berjoget. Tak perlu. Cukuplah kita berdoa, semoga satu hari nanti anak-anak kita tidak begitu.

Satu soalan bermain di minda aku masa tu; apakah didikan yang diberikan kepada anak ini? Apakah ibu bapanya memberikan dia didikan agama secukupnya? Mungkinkah di rumahnya, memang dia didedahkan dengan ‘anasir-anasir’ sebegini? Mungkin ibu bapanya yang menggalakkan? Masyaallah. Makin aku fikirkan, makin aku merasakan aku tak layak bertanyakan sebegitu. Kerana aku belum lagi berdiri di mana mereka berada sekarang.

 Tapi, yang selayaknya adalah, aku merasakan aku patut bertanya; adakah aku akan membiarkan nasib anakku kelak sebegini? Adakah aku sudah siap untuk mendidik anakku kelak supaya tidak terjerumus ke dalam dunia kegelapan? Bagaimana persediaan aku? Bagaimanakah suasana rumah yang bakal aku kemudi kelak? Bapa yang bagaimana aku nanti?

Kalaulah soalan ini ditujukan pada kita, agak-agaknya apa reaksi kita?

Adakah kita dengan senang hati menggalakkan?

“Idola kecil? Bila tu adik? Kat mana?”

“Adik dah berlatih ke nak pergi ujibakat ni? Kalau belum jom ayah latihkan.”

“Ayah yakin adik boleh punya! Your my son/daughter. Mesti champion punyalah!”

“Ibu tahu adik boleh. Adik kan anak ibu. Ibu dulu menyanyi jugak. Sekarang bakat tu dah turun pada adik.”

Adakah  kita nak menghancurkan harapan mereka?

“Tak payahlah adik... Buang masa je semua tu. Bukannya confirm boleh menang pun.”

“Hish! Jangan kamu nak merepek. Pergi belajar elok-elok. Jadi doktor. Kaya jugak macam artis nanti.”

“No! Jangan malukan diri sendiri. Nanti bukan kamu je yang malu. Mak dan ayah pun tebal muka nak keluar rumah. Suara kamu tu bukannya sedap pun. Buat malu je.”

“Kamu demam ke adik? Pergi ambik panadol dekat almari dapur.”

Atau buat tak layan saja?

“Hemm... Tunggu kamu besar sikit lagi. Nanti baru pergi.”
(Padahal anak dah tahap umur maximum untuk hadir ujibakat.)

Adik pergi berlatih dulu. Nanti adik ingatkan ayah lagi.”
(Sengaja bagi harapan palsu. Lama-lama nanti dia lupalah.)

“Apa tadi? Pergi tanya ibu. Ayah nak tengok berita ni.”
(Pergi tanya ibu, ibu cakap pergi tanya ayah.)

Bagi aku, kalau dari awal didikan agama yang disematkan ke dalam jiwa mereka, insyaallah kita tidak akan berdepan dengan soalan begini. Mungkin juga, soalan ini yang perlu kita berikan jawapan;

“Ayah... Izinkan adik masuk Imam Muda, boleh?”

Apakah jawapan aku? Jawapan kita?
Tapi, adakah Allah akan berikan aku peluang itu?  Adakah masa itu akan sampai untuk aku? Ya Allah, sampaikanlah aku ke masa itu.Kurniakanlah aku zuriat yang soleh.

You Might Also Like

2 comments:

  1. Shah Min Ho: aIhamduIiIIah. =) moga2 terus kita usaha ntuk ubah apa yang mampu

    ReplyDelete

Komen anda adalah di hargai :D

Powered by Blogger.