Rasulallah Style; Jangan Tolak Yang Wangi Itu

10:14 PM Hasnul Adin 0 Comments



Usai mengambil wuduk, Johari berjalan perlahan ke dewan solat masjid. Dia menunggu kelibat sahabatnya Kadir dan Luqman. Sementara menunggu, Johari mengeluarkan sebotol minyak wangi dan mengharumkan dirinya.

“Wanginya! Minyak wangi baru ke?”

“Yup. Mak aku bagi. Katanya daripada Pak Long aku yang baru balik umrah.” Johari menghulurkan botol minyak wangi tersebut kepada Luqman.

“Bukan yang kau pakai kelmarin banyak lagi ke?” Luqman mencalit minyak wangi ke jarinya, disapu ke muka dan baju.

“A’ah. Banyak juga bakinya. Tapi, ini pemberian orang. So, aku pakailah dulu yang ini untuk meraikan pemberinya.”

“Sembang apa ni?” Kadir menyampuk sebaik saja mendengar dua sahabatnya rancak bersembang.

“Nah. Pakai minyak wangi. Ni baru lagi dapat ni.” Botol minyak wangi dihulurkan pada Kadir.

“Tak mau lah. Kau bukan tak tau aku tak suka pakai minyak wangi. Lagi-lagi kalau baunya kuat menyengat.”

“Pakailah sikit. Sunnah nabi ni.” Luqman mencelah.

“Betul tu Kadir. Nabi ada bersabda, ada tiga benda yang kita tak boleh tolak. Pertama bantal, kedua minyak wangi dan ketiga susu.” senyum Johari. Tangannya masih menghulurkan minyak wangi kepada Kadir.

“Ada lagi Kadir, Jo. Nabi kata kalau kita diberi minyak wangi, jangan ditolak sebab segala yang wangi itu berasal dari syurga.” sambung Luqman lagi.

“Yeke? Kalau camtu bagi sini minyak wangi tu.” Kadir mengambil botol minyak dan disapunya ke seluruh badan.

“Eii.. Kalau macam tu punya banyak kau pakai, esok habislah minyak wangi tu.” Tersengih Luqman dan Johari melihat telatah sahabat mereka.

“Kau selalu bawak minyak wangi Jo. Kenapa?” soal Kadir.

“Sebab berwangi-wangi ni kan sunnah nabi. Nabi pun ada sebotol minyak wangi yang baginda guna untuk mengharumkan diri.”

”Barulah Rasulallah style.” tersenyum mereka bertiga. Hikmah disebalik bersahabat, ingat mengingati sesama sindiri.





Masa belajar di matrik, kami selalu lepak dan menghabiskan masa di masjid. Sehinggakan ramai di antara kami sudah ada meja study ataupun “tempat lepak” sendiri. Lagi-lagi pihak matrik sediakan meja-meja study di masjid untuk kemudahan pelajar. Kiranya satu meja, satu group. Biasanya meja yang sudah biasa dipakai oleh pengguna tetap tidak akan diganggu.

Meja group kami, berada di pintu masuk yang biasanya dilalui oleh ustaz-ustaz dan pensyarah-pensyarah yang ke masjid. Tidak ketinggalan pelajar-pelajar lain. Meja kami juga biasanya ada dua atau tiga botol minyak wangi. Kadang-kadang lebih dari tiga. Macam-macam jenama dan bau. Jadi, kebiasaannya ustaz dan pensyarah yang masuk ke masjid melalui pintu tersebut akan singgah dahulu di meja kami untuk memakai minyak wangi. Pelajar-pelajar lain pun ada yang tanpa segan silu memakainya.

Jika berkongsi dengan kawan-kawan seronok, bayangkan bila berkongsi dengan ustaz dan pensyarah. Pasti lebih seronok. Alhamdulillah kami tidak dikurniakan sikap sombong dan kedekut. Apalagi iri hati atau dengki. Kerana bila kita saling memberi, kita akan berkasih sayang. Maka terbuktilah, akibatnya hubungan sesama kami dan ustaz-ustaz serta pensyarah lain bertambah erat. Berkat.

Ada satu ketika, kami sedang duduk di saf belakang, menunggu iqamat. Kemudian kami perasan ustaz tercari-cari sesuatu setelah masuk ke dewan solat utama. Ustaz datang kepada kami dengan muka tertanya-tanya. Kami naik hairan. Rupanya ustaz mencari meja kami kerana mahu memakai minyak wangi. Kasihan ustaz. Masa itu, meja kami diletakkan diluar kerana ada keperluan lain.

Tersenyum sendiri tika terkenang masa yang indah. Zaman mengenal erti kebersamaan, bersahabat dan berjuang menuju redha ilahi. Fasa itu telah berlalu, namun memorinya tetap terus mengajar aku seribu erti.

Antara minyak wangi di meja kami =)

You Might Also Like

0 comments:

Komen anda adalah di hargai :D

Powered by Blogger.