Bersama Meraih Sahabat



Assalamualaikum. Moga dipermudahkan setiap urusan kita hendaknya

Hanya ingin berkongsi sedikit "buah keringat" hasil perahan idea beberapa jam mengadap photoshop. 



"Sebaik-baik sahabat adalah yang dapat membantu kita ke syurga

bukan yang membawa kita ke neraka"







Antara pesan Imam Ghazali apabila berkawan adalah "pilihlah kawan yang berakhlak. Jangan pilih yang jahat kerana akan diransang nafsu jahatnya."


Hal ini adalah sangat benar kerana hakikatnya kita sedang dalam kembara mencari diri kita. Sepanjang kembara ini kita akan bertemu dengan ramai teman2 yang sudi berkongsi cerita dan cereka bersama kita. Tapi secara mutlaknya berapa ramai teman yang sanggup bersama dalam susah dan senang dalam kembara kita ini. Berapa ramai juga yang dengan relanya ber"hijrah" bersama kita.

Kita harus akui, the "turning point" of our 
life will eventually come one day. And when that time comes, adakah teman kita itu sudi bersama2 dengan kita kearah yang lebih baik ? 

“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.” (Surah at-Taubah, ayat 119) 

Andai kata mereka tidak sudi, janganlah sekali-kali kita membiarkan mereka terus terkapai2 mencari oksigen untuk terus bernafas. Jadilah kamu oksigen itu agar mereka dapat kembali bernafas dan bersama2 kamu merasai betapa indahnya bernafas dalam jiwa yang diredhaiNya.


“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)


Ayuh. Bersama kita merasai indahnya berkasih sayang sesama sahabat kerana IMAN kepada Yang Maha Mengasihani.


Saling membantu sesama kita untuk membina tamadun Islam yang gemilang. =)

Share:

0 comments

Komen anda adalah di hargai :D