Untungnya Wanita; Islam Menjaga Hak Anda
Assalamualaikumwarahmatullah
Ingat lagi ketika Umar menanam anak
perempuannya hidup2 ketika zaman jahiliahnya ? Bagaimana anak kecil yang tidak
berdosa itu meronta2 memanggil ayahnya takala diri mula ditimbusi pasir.
Sehingga terbenam anak kecil itu tanpa
ada pembelaan. Mengapa perkara ini berlaku ? Di manakah hak wanita ketika itu ?
Hak wanita dalam Islam adalah salah satu topik
yang telah diperbincangkan, “diperdebatkan” semasa Seminar Fiqh Dakwah
Mahasiswa 2.0 tempoh hari. Topik ini sangat istimewa kerana ianya telah menjadi
salah satu isu sensasi yang diperdebatkan oleh barat. Mereka mengatakan bahawa
Islam telah menceroboh dan merampas hak dan kebebasan wanita untuk hidup. Anda
mungkin tahu dan anda mungkin tidak tahu bahawa sebelum peristiwa Sept 11, topik hak wanitalah yang
diapi2kan oleh barat. Setelah isu Islamphobia sedikit reda, mereka kembali
membedil kita dengan isu ini. haiya
Sebelum
Kedatangan Islam
- · Wanita dilihat sebagai simbol sex
- · Wanita dilihat sebagai simbol kejahatan
- · Anak perempuan ditanam hidup2
- · Wanita tidak mewarisi keturunan
Fakta untuk dihadam: Ketika perkara2 ini
berlaku, agama2 utama seperti Kristian, Buddha, Hindu dan Iain2 telah pun
wujud. Inikah yang dikatakan membela hak seorang wanita ?
Kedatangan
Islam
- · Wanita sama taraf dengan lelaki
- · Wanita dibela dari segenap aspek
Nampak tak
permainannya ? Perbezaan yang begitu ketara. Mari kita bincangkan dengan lebih
‘sensasi” topik ini.
Hak Kerohanian
... Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih
taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan
keadaan dan amalan kamu).” –alhujrat;13-
Mungkin ada yang tidak tahu bahawa di
zaman dahulu(not in malaysia) wanita dipandang seperti binatang. Mereka
dianggap tiada roh. Mereka dihighlightkan hanya sebagai pemuas nafsu lelaki dan
hamba kepada golongan atasan. Maka dengan itu hak mereka untuk bebas beragama
ditarik. Ini telah merendahkan hairaki mereka dalam masyarakat.
Kedatangan Islam telah memformatkan sistem tersebut. Firman diatas telah menyatakan bahawa orang
yang paling mulia diantara kita adalah yang paling bertakwa diantara kita dan
ini jelas sekali telah membela hak wanita. Kerana samada lelaki ataupun wanita
selagi mana dia bertakwa kepada Allah, maka di tetap mulia. Biarlah tidak mulia
di mata manusia. Asalkan mulia di sisiNya.
Hak Ekonomi
Tahun 1870 merupakan titik bersejarah
di barat kerana pada tahun tersebutlah wanita pertama kali terlibat dalam bidang
ekonomi. Mengapa begitu lewat ? Kelewatan ini bukanlah kerana mereka tidak mahu
atau tidak mampu. Kelewatan tersebut adalah kerana sebelum tahun tersebut
wanita tidak dibenarkan untuk melibatkan
diri dalam bidang ekonomi. Ini termasuklah juga berjual beli secara kecil-kecilan.
Namun, suprisingly 1400 tahun dahulu,
wanita (bukan di barat) telah pun terlibat secara langsung dalam bidang
ekonomi. Ya, Islam telah membenarkan semua ini long ago before the west even
permittes it. Islam tidak melarang wanita untuk berkerja, mencari rezeki. Ambil
contoh Saidatina Khadijah, isteri pertama rasulallah s.a.w. Beliau merupakan
antara wanita paling berjaya pada zamannya. Perniagaan beliau maju sehinggakan
mempu untuk menyumbang secara besar-besaran pada jalan Islam. Wanita begitu
istimewa sehinggakan mereka ditanggung dan diberi nafkah oleh suami. Juga
diberi mas kahwin semasa nikah.
Inikah yang
barat katakan bahawa Islam merampas hak kebebasan wanita ?
Hak Pendidikan
1. bacalah
(Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk),
Wahyu pertama, Allah telah
memerintahkan untuk membaca. Ini bermaksud,
menuntut ilmu. Semua lapisan
masyarakat diperintahkan agar menuntut ilmu tidak kira lelaki atau wanita, tua
ataupun muda, kaya atau miskin, lapang ataupun sempit. Menuntut ilmu merupakan
fardu kifayah. Setiap dari kita mesti menuntut ilmu.
Islam telah membuktikan bahawa dengan
pendidikan, wanita juga boleh setanding dengan lelaki. Bahkan mampu lebih lagi
dari itu. Aisyah r.a telah menjadi rujukan para sahabat2 nabi dalam periwayatan
hadis. Beliau juga dikhabarkan pakar dalam bidang perubatan kerana menghafal
formula2 bagaimana rasulallah s.a.w merawat pesakit2 baginda. Aisyah r.a juga
merupakan pakar dalam bidang matematik. Hebat bukan. Semua ini berlaku dengan
adanya hak pendidikan bagi wanita. Jadi apakah statement barat bahawa Islam
merampas hak wanita itu benar ?
Fakta: Universiti Al-Azhar, antara
tertua di dunia telah menerima pelajar2 wanita lebih lama sebelum universiti2 lain
di barat.
Insyaallah masih ada yang mahu dikongsi berkaitan hak anda wahai wanita. Mohon doanya agar diberi kesempatan untuk berkongsi lagi di demensi yang lain. Amin.
1 comments
islam pelihara kehormatan anda...
ReplyDeletesalute irma hasmie =)
Komen anda adalah di hargai :D