Baiknya Dia Terhadap Kita. Bagaimana Pula Kita ?
Sebagai seorang hamba yang hina, kita tidak terlepas dari diuji dengan ujian kesakitan. Orang putih panggil illness. Begitulah diri ini, yang juga hamba hina lagi cap ayam.
Malaikat Pertama akan mengambil selera makan. Masyaallah, makan merupakan antara nikmat yang paling priceless bagi kita, lagi2 di negara yang aman ini. Rezeki melimpah ruah, di setiap penjuru boleh mendapat makanan. Namun, sedihnya ketika kita sakit, nikmat ini Allah tarik. Bibir rasa kaku, lidah rasa keIu. Apa saja yang ditelan terasa tawar. Masyaallah, halusnya tarbiahMu.
Malaikat Kedua mengambil rezekinya. Mula2 hilang selera, kemudian rezeki diambil. Terkenang saat diri ini sakit, tidak bermaya untuk bangun melangkah bahkan untuk ke tandas sekalipun kena dipapah. Ketika sakit, diri ini tidak boleh sewenang2nya menelan makanan. Menu harus di catu, harus di tapis. Inilah sebahagian ujian ketika sakit. Tiada rezeki untuk merasa makanan kegemaran.
Malaikat Ketiga akan mengambil kecantikan wajah, pucat. Teringat juga sewaktu baru nak sembuh dari sakit. Berjalan kemana2 pun, terasa pucatnya muka. Rasa lesu, tidak bermaya. Untuk mengukirkan senyuman pun terasa hambar sekali. Sesekali terjumpa sahabat, pasti mereka bertanya "kemana hilang ? lama tak nampak.". "Sihat ke tidak ?". Hanya sebuah senyuman yang mampu diberi.
Malaikat Keempat akan mengambil dosanya. Subhanallah. Beruntunglah mereka yang yakin denganNya. Mereka pasti bahawa apa yang Allah janjikan itu benar dan sentiasa bersangka baik denganNya. Kerana, percayalah andai ditanam dalam diri bahawa setiap dariNya itu adalah yang terbaik untuk kita, Insyaallah perjalanan hidup ini pasti terasa indah dan mudah. Kita akan rasa, apa yang ditakdirkan buat kita ini sangat sesuai dengan masanya, keadaannya dan eventnya.
Dan Allah akan pulangkan pada kita semula apabila kita sihat, kecuali dosa kita. Baiknya Allah terhadap hambanya. Diuji kesakitan untuk dihapus dosa. Masyaallah. =')
Renungkan kembali disaat kita sakit dan muhasabahlah. Bagaimanakah diri kita disaat kita sakit, diuji dengan kesakitan ? Ketika itu sebenarnya Allah ingat pada kita, Dia nak menghapuskan dosa2 kita. Nau'zubillah. Sama2 muhasabah diri.
-andai ada yang salah, silalah tegur. tegur untuk mengeratkan silaturrahim bukan untuk mengerat(memutuskan) silaturrahim-
0 comments
Komen anda adalah di hargai :D