Teguran Secara HaIus : ILMU YANG TERAKHIR


ILMU YANG TERAKHIR

Seorang anak raja telah berguru dengan seorang guru agama. Setelah beberapa tahun belajar, suatu hari gurunya telah memanggilnya untuk mengajar ILMU YANG TERAKHIR. Dia pun pergilah menemui gurunya itu. Guru itu meminta anak muridnya supaya menghampirinya. Lalu dilempangnya anak muridnya itu. Kemudian guru itu berkata itulah dia ILMU YANG TERAKHIR. Sekarang, kamu boleh pulang ke rumahmu.

Anak raja itu merasa sangat hairan, kenapa dia dilempang, sedangkan dia anak murid yang rajin, cerdik lagi berakhlak mulia. Diringkaskan cerita, suatu hari, bapanya telah mangkat. Lalu anak raja itu telah diangkat menjadi raja. Setelah menjadi raja, baginda pun memanggil gurunya yang telah menamparnya suatu ketika dahulu. Lalu baginda pun bertanya:

Raja: kenapa kamu menampar saya dahulu?
Guru: (tersenyum) apabila saya menampar kamu, kamu tidak lagi memikirkan akan ilmu yang telah ku ajar kepada mu selama bertahun2. Betul?
Raja: Betul.
Guru: sekarang kamu telah menjadi raja, apabila kamu melakukan hanya satu kezaliman, rakyat tidak akan ingat lagi akan segala kebaikan yang telah kamu lakukan. Itulah dia ilmu yang terakhir dariku untukmu.
Sekarang barulah raja itu faham kenapa dia ditampar dahulu dan apa itu ILMU YANG TERAKHIR.

Pengajaran
1. Apabila kita melakukan satu kesalahan, lazimnya orang tidak ingat semua kebaikan yang kita lakukan sebelum ini. Oleh itu, berhati-hatilah supaya kita tidak melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya.
2. Apabila seseorang itu melakukan suatu kesilapan, jangan kita fikirkan akan kesilapan yang dia telah lakukan, dia hanya manusia biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Ingatlah kebaikan2 yang telah dia lakukan kepada kita dan orang lain. Mudah-mudahan dgn sikap ini, kita dijauhkan daripada sikap tidak bertegur sapa dan memutuskan silaturrahim serta menyangka bahawa hanya kita sahaja yang betul manakala apa yang orang lain buat semuanya salah.
-Ustaz Ahmad Zubaidi Bidin (kembara ilmu)-


Pandangan saya

Memang benar mesej yang ingin disampaikan melalui cerita tersebut. Sebenarnya kalau nak diikutkan, perkara2 begini seringkali terjadi dalam kehidupan seharian kita. Samada ada kita sedar ataupun tidak, setiap hari kita pasti ada menyakitkan hati seseorang. Kawan2, roommate, classmate or maybe even lecturer. Ia boleh berlaku. Tidak mustahil sama sekali, kerana kita adalah manusia. Kita bukannya sempurna dan kita tidak mungkin terlepas dari melakukan salah dan silap. Namun, jangan jadikan ketidaksempurnaan kita itu sebagai tiket untuk kita sewenang2nya bersikap sambil lewa dan senang2 hati bersikap lepas tangan.

Pemimpin2 hari ini wajar sekali mengambil iktibar dari mesej cerita ini. Samada di peringkat tertinggi ataupun di peringkat paling 'cap ayam' sekalipun. Ingat, kita dinilai oleh masyarakat dan sahabat2 di sekeliling kita. Benar, siapalah mereka untuk menilai kita, tapi andai hilang rasa percaya, hilang rasa hormat pada kita(pemimpin) maka amatlah sukar bagi kita untuk mendapatkannya kembali. 

---------------------------------------------------------------------

Ini merupakan amanat/ilmu yang amat berharga dari ustaz. Saya secara personalnya amat tersentuh dengan cara ustaz menegur kami semua umumnya. Pada hemat saya, ustaz tahu dan dapat mengagak ada kemelut yang melanda kami sahabat2 masjid. Ini adalah ujian bagi kami semua kerana Allah mahu melihat seikhlas mana persahabatan dan ukhuwah di antara sahabat2 masjid. Seikhlas mana seseorang itu menegur sahabatnya dan seikhlas mana sahabat itu menerima teguran sahabatnya. 

Sahabat aku merasa amat bersalah padamu, aku merasa semua ini berlaku keranaku. Maafkan aku sahabat, tegurlah aku sahabat. Kerana kita saling memerlukan. =) -sayang anda semua-



Share:

0 comments

Komen anda adalah di hargai :D