Generasi Yang Baik
Ketika ini saya merasakan sangat2 terpanggil untuk menulis dan memberi sedikit komen tentang isu hangat yang melanda tempat saya menuntut ilmu. Yang kian hangat menjadi buah mulut pelajar2 dan saya kira perkara ini andai tidak dikawal, makanya ada pelbagai side effect yang akan terjadi.
Saya kira ini hanyalah pandangan saya yang masih kekurangan serba serbi dalam pelbagai bidang ilmu. Jadi andai ada yang tersilap, mohon ditegur dgn hikmahnya. Tegur untuk mengeratkan bukan untuk mengerat(memutuskan) silaturrahim. Amin.
Saya kira ini hanyalah pandangan saya yang masih kekurangan serba serbi dalam pelbagai bidang ilmu. Jadi andai ada yang tersilap, mohon ditegur dgn hikmahnya. Tegur untuk mengeratkan bukan untuk mengerat(memutuskan) silaturrahim. Amin.
Ketika ini disini(tempat pengajian saya), sedang giat dijalankan PROGRAM AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR dimana “Ops Couple” sedang rancak dijalankan. Syukur pada ilahi, luahan hati kami sahabat2 masjid didengari oleh pihak atasan dan kami dengan senang hati menawarkan diri untuk membantu pihak atasan dalam menjalankan program ini.
Namun yang ingin saya bincangkan kali ini adalah mengenai maklum balas dan komen2 yang kami terima secara langsung ataupun tidak langsung berkenaan program ini. Secara lansung bermakna kami dengar sendiri komen dari kawan2 kami, atau pun kawan kepada kawan sahabat2 masjid mahupun komen2 dari facebook. Secara tidak langsung bermakna mungkin buah mulut orang.
Saya cukup tertarik dengan kata2 seorang student yang mengatakan,
“apa salahnya kalau duduk berdua duaan jika betul memang mereka(pasangan itu) nak stady. Lagipun bukannya duduk ditempat gelap ataupun terpencil, duduk dekat anjung lagi tu, memang tempat lalu lalang orang ramai. Anjung tu cerah. Then takkan la sampai duduk laki pompuan ramai2 pon nak ditangkap jugak. Bukannya berdua duaan kan ? ”
Saya sangat tertarik dengan komen yang akhir2 itu.
Disini saya nak ucapkan terima kasih pada yang komen. Anda telah membuka mata saya. Kini saya semakin sedar, rupanya masih ramai lagi ‘disini’ yang kurang pengetahuan tentang perlunya kita basmi perkara ini dari akar umbinya. Akarnya ? Akarnya adalah perjumpaan ataupun perkumpulan lelaki dan perempuan beramai-ramai. Bermula dari sinilah ‘mereka’ ini kemudian berani berdua duaan pula. Bukannya tidak boleh langsung perkumpulan lelaki dan perempuan, tapi kalau sekadar berjumpa untuk bersembang dan bergosip, perlukah ?
Dalam islam ada satu kaedah fiqah, 'saddu al-zara'ik' iaitu menutup pintu dan peluang maksiat. Jika difahami, ia membawa maksud bahawa perlunya kita mengelak dan menjauhi pintu2 maksiat. Pintu2 maksiat yang dimaksudkan disini adalah perkumpulan yang tidak perlu antara lelaki dan perempuan. Apa lagi kalau perkumpulan itu berlaku dalam suasana yang tidak terkawal.
Sebagai contoh, mengapa lelaki dan perempuan boleh belajar bersama dalam satu kelas ? Hal ini kerana suasana yang terkawal dalam kelas itu menutup pintu2 maksiat. Dengan tempat duduk yang terasing antara lelaki dan perempuan, insyaallah akan terkawal. Berbeza pula jika didalam panggung wayang. Suasana yang sangat tidak terkawal boleh saja mengundang seribu satu macam maksiat. Nau’zubillah.
Benar sekali kata ustaz saya, yang beramai ramai ini yang kita kene tegur dulu. Mula2 ramai2. Kemudian berpasang2. Kemudian ?
Ada seperkara lagi yang ingin saya utarakan disini.
“apa salahnya kalau duduk berdua duaan jika betul memang mereka(pasangan itu) nak stady. Lagipun bukannya duduk ditempat gelap ataupun terpencil, duduk dekat anjung lagi tu, memang tempat lalu lalang orang ramai. Anjung tu cerah.”
Saya suka untuk mengatakan bahawa, “cahaya pun belum tentu dapat membantu untuk menangkis godaan syaitan”. Andai benar anda pasti dengan bermodalkan cahaya lampu anjung tu kamu akan terpelihara dari godaan syaitan apabila berdua duan, maka silakan. Andai iman itu ada dalam diri seorang manusia, disaat dia ingin melakukan kemungkaran imannya akan menjadi penghalang yang ampuh. Insyaallah.
Dalam masyarakat sekarang, tidak kira dimana pon, melihat pasangan duduk berdua duaan itu sudah menjadi kelaziman. Menjadi trend. Nau’zubillah. Saya secara peribadinya tidak mahu hidup dalam suasana masyarakat yang begini. Apalagi untuk melihat anak2 saya hidup dalam masyarakat yang sebegini.
“Kita perlu tinggalkan bumi yang baik untuk generasi yang akan datang. Tapi sudah tiba masa untuk kita tinggalkan pula generasi yang baik untuk bumi ini.”
12/4/2012
4:01am
2 comments
gud luck cenoi!
ReplyDeletemoga Tuhan permudahkan urusan kau ni..
(=
amin ya rabb .. =)
ReplyDeletesemoga segaIa urusan kau pun dipermudahkan ..
Komen anda adalah di hargai :D