Mengira Angin Malam

Beberapa hari lalu aku terlepas ujian kedua subjek matematik sebab aku terlajak tidur. Ujian jam 4 petang. Aku bangun tidur petang tu, terus solat asar.

Bukannya sengaja aku lajakkan tidur aku. Inilah kesan daripada menelan panadol dan terus tidur selepas menjalani pagi yang penat di poli. Panadol? Ya. Hari sebelumnya, aku balik dari poli dalam kesejukan hujan.

Nak dijadikan cerita, lepas solat asar aku rasa tak sedap hati. Tak senang duduk jadinya bila terlepas ujian matematik ni. Sudahlah minggu sebelumnya aku tak datang kelas sebab kena pergi hospital. Nanti apa kata pensyarah. Reputasi aku dalam bahaya.

Jadi apa aku buat? Aku pergi ke dapur. Oren dua biji. Pisau. Papan pemotong. Bekas air. Sepotong tembikai. Asam boi dua bijik. Aku buat air detox. Tak senang duduk punya pasal, aku jadi dahaga. Alhamdulillah. Sedap air detox gabungan oren, tembikai dan asam boi ni.








Masa wirid lepas solat maghrib, aku teringat balik yang aku terlepas ujian matematik tadi.  Dalam surau pun boleh jadi resah, tak senang duduk. Ini namanya rasa bersalah. Tak boleh jadi. Keluar surau, aku belok kanan. Biasanya nak balik rumah, aku belok kiri. Kali ni, aku ke kanan. Lebih afdhal kata orang tua.

Kali ni aku redha. *Tadi afdhal. Sekarang redha.* Malam ni, biar aku ikut angin. Kemana angin pergi, aku ikut. Aku bernasib baik. Angin malam tu bawa aku ke padang bola sekolah rendah di kampung sebelah.

Aku pandang padang yang luas tu. Dihujung sana ada satu pemandangan yang hanya tuhan boleh cipta. Buat seketika, terdiam aku disitu seorang diri. Terasa lapang dada dan tenang fikiran melihat kekuasaanNya. Kamera aku keluarkan. Rugi kalau pemandangan seindah ini tak diabadikan dalam simpanan.










Satu perkara yang lebih menenangkan aku pada ketika itu adalah mengenangkan betapa baiknya nasib aku malam tu. Angin membawa aku ke padang sekolah tu dan bukannya ke sungai di kampung seberang. Kalau dibawanya aku ke sungai, entah apa pengakhirannya.

Tuhan sayang aku. Tuhan sayang kita.

Share:

9 comments

  1. Macam mana dgn perasaan bersalah dgn ujian matematik yg terlajak tu? hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru hari ni teringat. Tak sempat nak jumpa pensyarah tu. Haha!

      *Habis la dalam kelas minggu depan :3*

      Delete
  2. aduhhh, sedih la abg noi. haha. Xpe, next test buat btol2, tnda ase bslh. yaaa, view yg lawa. sunset.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa sedih? What happened? :3

      Yang di IG tu ada edit sikit2. Yang kat blog ni tak di edit.

      Delete
    2. tolong sedih utk abg yg xjawab test math. hahaha

      ohhh, patut la. mcm waktu pagi, langit warna purple.

      Delete
    3. tak payah sedih. abg tak sedih pon. hahaha! :3

      Delete
    4. hahaha. oky, xsedih. haaa, ape jd dekat test yg xdjwb tu. dh next week ni.

      Delete

Komen anda adalah di hargai :D