Kau Mengaku Lelaki Tapi Perlakuan Serupa Dayus

Kalau kau ingat tak berapa lama yang lalu, laman sosial negara kita rancak dengan poster 'Menantu yang baik adalah...". Kau sambung sendirilah bahagian belakang tu. Punyalah syok sendiri rakyat negara kita sampai tahap macam ni sekali permainannya. Masuk bakul angkat sendiri. Katanya baik angkat sendiri sebab bukannya ada orang nak tolong angkatkan. Cumanya aku nak tanyalah pada menantu-menantu (khas untuk lelaki), kau orang tahu ke ciri-ciri lelaki yang baik menurut agama? Kau orang menepati kriteria-kriteria lelaki yang baik ke? Pernah tak kau terfikir? Atau bab agama pun kau syok sendiri?

Pada aku cara paling senang kau nak tahu kau ada ciri-ciri lelaki yang baik atau tak adalah dengan mengenalpasti samada kau ikut Rasulallah atau tidak. Di sini aku nak bawa kau orang lelaki semua untuk muhasabah diri bersama-sama dengan aku. Lebih-lebih lagi dalam bab menjaga maruah diri dan maruah wanita-wanita di sekeliling kau.

Islam adalah agama yang prihatin terhadap maruah dan kewibawaan wanita. Allah dan Rasul meminta umat Islam supaya memlihara dan melindungi wanita sebaik mungkin. Lelaki yang baik akan menjaga maruah wanita. Tak kiralah siapapun wanita tersebut, kenal atau pun tidak. 

Aku kira dalam konteks zaman kita kini, bolehlah aku katakan bahawa lelaki yang baik tak akan sengaja suka-suka nak upload gambar perempuan di merata-rata laman sosial, atas alasan apa sekalipun. Kerana boleh jadi kerana sekeping gambar, maruah seorang wanita boleh tercalar.

Kau cuba fikir, kau upload gambar seorang wanita berdua-duaan dengan seorang lelaki. Orang mula bawa mulut, mengata itu mengata ini. Kutuk sana, kutuk sini. Kemudian ada pula yang rajin kongsikan gambar tersebut bersama ceritanya yang tak sasih. Boleh jadi pada satu tahap, wanita tersebut menjadi bualan masyarakat atas sebab gambarnya yang tersebar. 

Di sini kau bukan sahaja telah menyebabkan maruah wanita tersebut tercalar bahkan kau juga telah memulakan satu rantaian umpat mengumpat dan fitnah memfitanh yang panjang. Kau nampak tak ni? Implikasi daripada sekeping gambar. Kesianlah wanita tersebut. Kalau jadi macam tu pada adik kau? Isteri kau? Anak kau? Mesti kau marah. Mesti kau malu.

Zaman Nabi dulu takala ada wanita yang teraniaya kehormatannya oleh seorang yahudi, Nabi mengirimkan pasukan untuk melawan yahudi tersebut sehinggakan keseluruhan Bani yahudi tersebut disingkirkan daripada Madinah. Tapi di zaman kita ini, seorang lelaki, Muslim, dengan suka hatinya meruntuhkan kehormatan seorang Muslimah dengan meletakkan gambar-gambar wanita untuk tontonan dan kritikan umum. 

Adakah menantu yang baik begini perlakuannya?
Jadilah lelaki sejati. Jaga kehormatan wanita.




p/s: Timbul pula persoalan dalam diri aku, dari mana datangnya gambar-gambar yang di muatnaik tu? Ada stok khas ke? Kau tak hairan ke? Ke perkara biasa je ni bagi kau? Banyak lagi aku nak sentuh, tapi kita hadamkan satu persatu dulu. Banyak sangat nanti aku pun tak lalu nak baca balik.







Share:

0 comments

Komen anda adalah di hargai :D