Sengaja Aku Edit Jawapan Biar Ada Ralat Supaya Kau Tiru dan Belajar Sesuatu

8:17 PM Hasnul Adin 0 Comments


1. Salah satu tugasan dalam kelas hari ni, aku kena tulis program untuk gerakkan motor dan nyalakan lampu LED. Ini dalam kelas robotik. Ada programming dan yang sama waktu dengannya.

2. Aku dengan partner aku paling awal dapat siapkan program dengan betul. Motor berjalan. Lampu LED menyala mengikut arahan soalan.

3. Bila dah betul program, flow chart dan jawapan, biasanya rakan sekelas yang lain akan datang ke meja kami. Ada yang datang nak tengok sambungan, nak semak sama tak program yang diorang tulis dengan program yang kami tulis, nak usha-usha macam mana sepatutnya yang terjadi pada motor tu dan ada juga yang siap sedia nak ‘kopi dan pasta’.

4. Tapi kali ni nasib baik diorang tak perasan yang kami dah siap dengan jayanya. Nasib baik sungguh. Jadi dapatlah aku nak edit dulu program aku sebelum diorang datang tengok. Nampak macam jahat, kan? Nampak je macam jahat. Tapi niat aku baik. Nanti aku cerita. Lagipun aku tukar satu huruf je dalam program aku tu. Tapi dalam programming, satu huruf atau satu simbol saja dah boleh menyebabkan seluruh program tu ralat.

5. Beberapa detik kemudian datanglah mereka-mereka tersebut. Dikajinya satu persatu sambungan, program dan flowchart kami.

6. Datang pula mereka-mereka yang membawa telefon bimbit dengan kamera siap sedia dah nak snap gambar program. Mereka pun bertanya atau lebih manis, meminta kebenaran, “Nak program, boleh?”

Sebagai rakan sekelas, kami benarkan saja. Ditangkaplah gambar program yang aku dah edit tadi – edit bagi ada ralat.

7. Jadi mereka pun pulang ke meja masing-masing bersama program yang ada ralat tadi. Muka tak sabar nak masukkan program dalam ‘compiler’ dan ‘download’ pada motor. Setelah siap ‘compile’, ada ralat pada program. (yelah. Aku dah edit tadi, kan?)

8. Dalam programming, bila ada ralat pada program, kita kena kenalpasti dimana ralatnya dan apa ralatnya. Bila dah kenalpasti, kena pula betulkan.

9. Kau agak kalau seorang tu tak faham satu apa pun pada program tu, dia boleh betulkan tak ralat tu? Sekurang-kurangnya boleh tak dia kenalpasti dimana salahnya? Kau pun tahu jawapannya. Tidak.

10. Aku pun diserulah ke meja mereka untuk membantu.

11. Kat sinilah kau akan nampak kesannya bila aku edit program tadi supaya ada ralat. Di meja diorang, aku boleh ajar diorang macam mana nak kenalpasti ralat tu, terangkan pada diorang kenapa jadi macam tu dan apa fungsinya bila tukar macam ni, tukar macam itu. Barulah diorang belajar sesuatu.

12. Kau nampak sekarang yang niat aku edit program tu sebenarnya ada udang disebalik batu. Kan? Haha!

13. Aku pun bukanlah pandai mana hal programming ni. Aku banyak bergantung pada ilmu yang ada pada partner aku sebenarnya. Dia banyak bantu aku. Sedikit demi sedikit aku bolehlah hadam hal-hal programming ni.

14. Untuk bantu kawan-kawan aku dan untuk pastikan diorang dapat sesuatu daripada tugasan ni, aku buatlah macam ni. Aku ‘implement’ taktik belajar daripada kesilapan.
15. Buat silap tu tak salah selagi mana kau sedia untuk belajar daripada kesilapan. Itu yang aku percaya dari dulu lagi.

16. Bahkan yang sebelum ni takda pernah nak tanya apa-apa pun mula bertanya. Mungkinlah dia tanya sebab dia nak cepat siap. Mungkin. Tapi sekurang-kurangnya dia bertanya dan dia dapat sesuatu.

1. Kawan-kawan, yang bertanya, aku tak kisah. Yang minta tolong, aku berbesar hati untuk tolong. Sebab tak rugi apa pun aku tolong, kan?

18. Cumanya kawan-kawan, bila guna kaedah tiru bulat-bulat ni buat aku rasa lain macam. Bukanlah aku kedekut. Kalau kau tiru sebijik-sebijik kemudian kau ambil masa untuk memahami kenapa macam tu, kenapa macam ni, aku tak kisah. Ini tidak. Dah tiru, dah dapat, dah betul, lepas tu kau henti setakat tu je. Rugi. Kesian aku tengok. Lepas tu kau bising kenapa sampai hujung semester kau tak faham satu apa pun.

19. Benda-benda yang aku ceritakan ni, yang aku amalkan ni pun daripada pengalaman aku yang selalu buat silap.

20. Disini juga kau boleh nampak hakikat yang kau, kita, manusia perlu kreatif dalam nak membantu, nak berinteraksi, nak berkomunikasi, nak tegur, nak beri sesuatu/jawapan kepada seseorang manusia yang lain.

21. Dalam situasi atas tadi, kalau aku mati-mati tak bagi diorang tiru jawapan aku, kau agak nanti dalam kelas macam mana hubungan aku dengan diorang? Mungkin jadi dingin, tak nak bertegur sapa. Mungkin juga jadi perang saudara. Yelah, sah-sah akan ada sedikit rasa tak puas hati pada diri diorang kalau aku tak kongsi jawapan aku, kan?

22. Untuk elakkan terjadinya perang saudara dan kedinginan berlaku, aku pilih untuk bagi juga jawapan pada diorang tapi dengan buat sedikit ubahsuai supaya diorang boleh belajar daripada kesilapan, seperti yang dah aku ceritakan diatas tadi.

23. Perlu ke aku buat semua ni? Boleh je aku abaikan diorang dengan labu-labu diorang. Boleh je aku biarkan diorang masuk kelas dan keluar kelas dengan status kosong. Boleh buat macam tu tak bermakna aku patut buat macam tu, kan?

24. Ilmu bermanfaat yang kita ajar pada orang lain, pahalanya akan berpanjangan selagi mana ianya diamalkan. Manalah tahu, hari ini aku ajar diorang programming, nanti masa kerja diorang terbitkan satu formula/aplikasi yang bermanfaat buat umah sejagat. Bukan ke aku juga dapat sahamnya sebab aku pernah bagi diorang faham programming. Ke macam mana?


You Might Also Like

0 comments:

Komen anda adalah di hargai :D

Powered by Blogger.