Biarlah Hanya Sekali

3:58 PM Hasnul Adin 0 Comments


Jam menunjukkan hampir 1 pagi. Biasanya ayah tak akan keluar lama, lagi-lagi pada waktu malam. Paling lewat pon, sebelum tengah malam ayah akan masuk tidur. Tapi malam itu, walaupun sudah jauh melepasi tengah malam, ayah masih belum pulang. Sebenarnya ayah keluar menghadiri dinner di hotel. Dinner untuk meraikan atlet-atlet negara yang pernah mewakili sekurang-kurangnya hingga ke Sukan Sea. Ayah dulu seorang pemain bola sepak negara. Daripada kata-kata kawan ayah dan saudara mara, ayah seorang pemain yang hebat dulu.

1.30 pagi. Masih belum pulang.

Abang: Kakak, telefon mak. Ayah tak balik lagi ni. Lewat sangat dah.

Malam itu mak berkerja shif malam. Sebagai jururawat, shif kerja mak berubah mengikut keperluan.

Kakak: Hemm. Ok.

Kakak: Mak, buat ape tu?
Mak: Tengah rehat. Takde kes lagi. Kenapa tak tidur lagi ni?
Kakak: Ayah tak balik lagi. Kitorang tengah tunggu ayah.
Mak: Tak balik lagi? Biar betul?
Kakak: Betul la. Takkan nak main-main kot.
Mak: Takpe. Ayah jumpa kawan-kawan lama la tu. Sembang-sembang. Bukan selalu pon. Tunggu je la. Kejap lagi sampai la tu.
Kakak: Ok. Kitorang tunggu.

Betul cakap mak. Lebih kurang 10 minit kemudian ayah sampai. Lega rasanya apabila ayah selamat sampai.

Kakak: Abang, kenapa abang risau sangat tadi?
Abang: Abang tak mau alami lagi apa yang abang pernah alami waktu abang darjah 6 dulu. Ayah patut sampai rumah sebelum jam 5, tapi dah dekat jam 6 pun ayah tak sampai lagi. Then, jam 6 lebih mak call rumah bagitau ayah accident. Abang tak nak rasa dah pengalaman tu.


You Might Also Like

0 comments:

Komen anda adalah di hargai :D

Powered by Blogger.