Mak petik gitar untuk kejut sahur

8:59 AM Hasnul Adin 2 Comments



Sounds funny right ? Mungkin ade jugak yg tertanya2, rockers ke mak gua nie ? Tak pon pendapat yg fehmes, "saje la tu letak tajuk grand2". Actually its a crime scene. Terjadi time sahur pagi tadi. Mungkin mak ter"over" excited nak gerak kitorg adik beradik bangun sahur sebab yg bongsu ade sekali.cuti asrama.

Sebab yang bongsu ni memang liat nak bangun sahur. Satu batalion pon belum tentu dapat kejutkan dia. Untuk menjimatkan masa, mak angkat gitar aku kat hujung bilik tu dan mula petik lagu "suka hati aku" dan "ikan besar dah lari". Punyalah terkejut, I actually rampas gitar tu dari mak dan mula merayu, "Mak, cukuplah mak. Menangis P. Ramlee sebab terpisah irama dan lagu." Seksaan halwa telinga. Masih terngiang2 iramanya. Gangguan melampau. 

Biasanya kanak2 ribena memang liat sikit nak bangun sahur nie. Dan sujud syukur aku tidak tergolong dalam kategori tersebut. Aku kanak2 mountain dew. Biasanya time2 sahur ni la kita akan dapat lihat "aksi2" menarik dan "perangai" pelik manusia. Dari yang susah nak bangun tidur sampailah ke tahap tidur di meja makan, insyaallah mesti ade untuk tontonan semua. As for me, i consider myself to be very lucky sebab my siblings have al kinds of "actions" during sahur. 

Terbujur kaku

Mereka yang tergolong dalam kategori ni sering memberi tekanan pada ibu bapa. Dan abang2. Mana ke tidak, jenuh digegarkan katil, digoyangkan badannya dan dipekik pada telinganya masih juga mereka ini terbujur kaku diatas katil. Kadang2 sampai satu family kena take shift untuk kejutkan. Mula2 giliran ayah, then mak, abang long dan seterusnya. Tapi biasanya abang long juara la. hew3. 

Tapi kadang2 lepas berjaya dikejutkan, mereka akan lari ke ruang tamu dan mencari sofa kegemaran untuk menggantikan katil. Sungguh "kreatif". Sampai mak pon jadi pelik. "mana adik kamu ni abang ?"

Maka abang long meneruskan sahurnya tanpa bicara.

Diam seribu bahasa

Mudah dikejutkan untuk bangun sahur. Mungkin mereka dah "set" dalam kepala, "esok nak puasa, so mesti bangun sahur. Kalau tak nanti kebulur." Biasanya mereka akan bangun, pergi basuh muka, gosok gigi, basuh tangan dan terus duduk makan. And masa makan mereka ni senyap je. Tak banyak songeh. Ambik je apa yang di depan mata. Makan. Bila dah kenyang. Stop. Mereka juga pada kebiasaannya paling cepat selesai bersahur. 

Memang jenis tak ganggu orang punyalah. Stealth gitu. Senyap je.

Ambil bau

Ini tidak syak lagi peminat tegar filem P. Ramlee. Bila sampai di meja makan time sahur, mereka akan duduk dulu, usha2 apa yang ada. Ambil bau dulu. Lama kot mereka analisis makanan tu. Tak tahu nak cakap macam mana tapi memang biasanya mereka akan usah2 dulu makanan tu. Mungkin sebab drowzy lagi kot. Masih lagi terngiang2  mimpi yang tak sudah dalam kepala tu. 

Lepas puas usha2, mereka makan macam biasa. Menghabiskan lauk yang tersisa. Tu lah time orang makan ko usha2. Susah betoi.

Asyik terbabas

Ini kategori yang paling extreme. My favourite. Biasanya perjalanan ke meja makan akan disertai dengan bebelan yang hanya diri sendiri je paham dan mengambil extra time. Extra time sebab jalan terhuyung hayang kejap ke kanan kejap ke kiri. Sadis sungguh. 

Kadang2 dari katil terus lompat ke meja makan je. Tak peduli ape dah. Sampai je ke meja makan, termenung kejap. Orang lain tengah khusyuk makan, tiba2 dengar bunyi nangka jatuh. Tahu2 meja makan kurang seorang ahlinya. 

"Cari ape bawah meja tu ? "
"Cari kurma ayah.he he. Jatuh tadi."
"Besarnya kurma."
 
Well basicly every family mesti ade seorang wakil untuk setiap kategori diatas. Cuba cari siapa dalam family anda.

Hukum bersahur adalah sunat muakkad ye adik2. Bukannya wajib macam yang brader dalam tv haritu jawab. Tergagap2 jugak brader tu kene soalan one in a million camtu. Terus je jawab "Wajib kot". Hentam je la labu. Asalkan masuk tv. hew. Bersahur adalah sangat2 digalakkan bagi yang berpuasa. Ayah selalu pesan, 

"kalau tak larat nak telan nasi, makanlah kurma sekurang2nya. Disitu ade keberkatannya."


You Might Also Like

2 comments:

  1. hahaha. naseb baik adek beradik aku senang nk dikejut sahur. mcm2 ragam org nk b'sahur ni..

    ReplyDelete
  2. untung Ia senangkan .. ambe ni tiap2 pagi kene tggi suara .. huhu ..

    ReplyDelete

Komen anda adalah di hargai :D

Powered by Blogger.