Didik Dari Mula



“Along, dalam phone along ada applikasi Quran tak?”

Soal aku pada anak sulung yang sedang leka di depan tv. Cuba menarik perhatiannya.

“Ada ayah...”

“Pernah guna tak?”

“Ada la jugak sekali dua. Hee...”

“Hari ni dah baca al-quran along?”

“Belum lagi ayah.”

“Jom, kita baca quran sama-sama. Along baca dulu, ayah semak. Lepas tu, ayah baca along 
tolong semakkan. Boleh?”

“Boleh. Jom, tapi along nak pegang rotan jugak. Hee.” tersengih dia.

 “Amboi. Bahaya ni.”

“Along pergi ambil quran dulu ya, ayah.”

“Ambil sekali handphne kamu. Handphone ayah sekali.”

Aku sedang duduk di meja, menanti anak sulungku yang pergi mengambil quran.

“Ok... quran letak atas meja. Bukak phone kamu tu.”

“Bukak phone?”

“Yes. Kita gunakan applikasi quran dalam phone ni. Kalau tak jelas, kita rujuk quran.”
Aku tersenyum padanya. Dia angguk tanda akur.

Aku percaya kepada perlunya seorang bapa menunjukkan contoh yang baik sebagai ikutan anak-anak. Aku percaya kepada kepentingan didikan awal anak-anak di rumah. Dan aku percaya lagi yakin, anda yang sedang membaca juga sedar akan kenyataan ini. Tapi adakah kita kuat untuk melaksanakannya? Sejauh mana kita mengimplementasikan, melaksanakan ‘contoh’ dan ‘ikutan’ yang baik ini?

Isu di atas, seorang bapa mengajak anaknya mengaji. Bagus bukan? Tapi bagi aku yang lagi bagus dan yang terbaik adalah apabila bapa di atas mengajak anaknya mengaji  dengan menggunakan applikasi quran yang ada di dalam handphone mereka.
Rata-rata mereka yang menggunakan telefon pintar, mesti ada applikasi tersebut. Tapi, berapa ramai di antara kita yang punya kemudahan ini, menggunakannya sebaik mungkin? Berapa ramai yang sekadar menyimpan applikasi ini di dalam telefon pintar? Atau kita menyimpan applikasi tersebut kerana segan. Ya, segan kerana bagi kita seorang muslim perlu ada applikasi tersebut dalam telefon pintar. Nanti apa pula kata orang.

Jadi apa kata, kita sama-sama mulakan sesuatu yang baru. Membina generasi yang baru. Generasi yang celik agama dan ilmu dan dalam masa yang sama menggunakan segala kemudahan yang ada di depan kita. Tak mengapa kalau ayah kita tak ajak kita baca quran sama-sama. Apalagi ajak baca quran on phone. Apa kata kita yang mulakan. Tunjukkan sesuatu yang baru dan mampu dicontohi oleh sesiapa saja.

Dan mungkin suatu hari nanti, kita yang ajak anak kita baca quran on phone. Tunjukkan pada mereka satu sudut penggunaan phone yang lain daripada yang lain. Gunakan apa yang ada sebaiknya.


Share:

2 comments

  1. Subhanallah. Sungguh benar. Didikan dari awal juga penting. Ibu bapa juga mesti tahu, walaupun mungkin skrg anak mereka sudah dewasa. Tiada istilah terlambat dalam membetulkan dan memberi nasihat. Harap semua ibu bapa sedar betapa pentingnya ajaran agama kpd anak anak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. berharap sahaja tiada maknanya tanpa usaha. :)

      insyaallah ubah bersama

      Delete

Komen anda adalah di hargai :D