Ini Aku Nak Bercerita

Alhamdulillah.

Akhirnya tamat sudah “Aku Bercerita” selepas lebih dari beberapa bulan dengan gigihnya aku berusaha menghabiskannya. Ya. Berbulan lamanya barulah sampai bacaan aku ke muka surat terakhir novel tersebut.



Dalam tempoh tersebut, sempat jugak aku baca “Servis Satu Malam” tulisan Syahid Abdullah. Buku terbitan Terfaktab Media ni, memang memberi aku satu sudut bacaan yang berbeza daripada bacaan-bacaan aku yang sebelum ni. Fuh! Memang kesat air peluh aku baca. Dengan beberapa babak yang sungguh aku tak sangka. Jawdrop jugak jadinya. Twist di akhir cerita, mungkin tak semua yang dapat terus tangkap. Mungkin selepas baca berulang kali baru nampak apa yang diceritakan untuk endingnya.

However, enough about that.

Earlier this month, aku berdepan masalah nak menghabiskan “Aku Bercerita”. Pada mulanya aku ingatkan sebab aku dah mula muak atau tepu dengan tulisan-tulisan RAM. Selepas dengan bergayanya aku habiskan “Servis Satu Malam”, aku nekad (macam nak bunuh diri) untuk habiskan “Aku Bercerita” dahulu sebelum aku sentuh 8 buah novel yang aku baru beli. As I go on with my reading, I noticed that tulisan RAM dalam novel yang satu ni agak kurang menyengat berbanding tulisan-tulisan beliau yang sebelumnya.

Dari awal bacaan, emosi aku sedikit pon tak terganggu atau dalam kata lain, mainan emosi itu tiada dalam tulisan beliau yang satu ni. Kalau ikutkan, dalam novel beliau yang sebelum ini, seperti “Mikhail” atau “Unggu Karmila” dan 6 siri “Bagaikan Puteri” aku akan rasa terpanggil untuk mengetahui cerita di halaman muka surat seterusnya. Menyebabkan aku akan menghabiskan masa berjam-jam lamanya membaca. Aku yakin sama sahaja dengan pembaca-pembaca yang lain. Tapi dengan tulisan yang satu ini, memang tiada perasaan ingin tahu tersebut. Malang sekali.

Idea 5 cerita dalam satu buku, bertulangbelakangkan satu cerita utama bagi aku, sebagai peminat RAM kurang berkesan. Dalam 5 cerita tersebut, hanya dua cerita sahaja yang menarik bagi aku. Cerita pertama dan terakhir. “Bunian” dan “Cut”. Dua cerita ini sahaja yang membuatkan aku rasa ingin tahu apa terjadi seterusnya di halaman yang berikut.

Cerita “Bunian” bagi aku memaparkan cara tulisan sebenar RAM. The thriller is there. It’s just simply his style. Cerita “Cut” pula, bagi aku memang berjaya mempermainkan emosi aku. Cerita kawin paksa. Herman, seorang lelaki yang baik merelakan diri menjadi pak sanggup kepada keluarga majikan ayahnya atas dasar mengenang budi. Demi menutup aib yang Cut lakukan, mereka berkahwin setelah termetrai satu perjanjian diantara mereka. Sekali baca, macam tipikal malay story. Ya, awalnya aku juga sangka begitu. Tapi di akhir cerita, perjanjian mereka itu hanyalah lakonan semata-mata. And when I say lakonan, believe me ia memang lakonan. Sakit hati membacanya. (Geleng kepala.)

In the end, konklusinya bukan salah siapa-siapa. Memang ada aku terbaca beberapa komen tentang tulisan RAM yang satu ini. Ada yang kata RAM seperti tergesa-gesa dalam menyelesaikan “Aku Bercerita” sehingga buku yang satu ini tidak menjadi. That was that. Biasalah, mana ada yang sempurna melainkan Dia.

Ingin aku nyatakan ini hanya pendapat aku. Segala kesakitan di hati adalah lumrah dunia. No pain, no gain.


Tak sabar nak mula baca buku-buku terbitan BukuFixi pula. Banyak komen dan maklumbalas positif yang aku baca di laman sosial. “Kasyaf” and “Seronok” here we go. Insyaallah.


Share:

0 comments

Komen anda adalah di hargai :D