Darah Yang Tumpah [Buku]

Sedang aku menggeledah almari rumah beberapa hari lalu, I came across this book: “Darah Yang Tumpah” by Osman Dol. Looks old. Dari segi luarannya nampak elok sahaja. Tiada yang koyak. Cuma pembalutnya sahaja yang koyak-koyak. Jadi  aku anggap, bolehlah buat koleksi.

Tapi bila buka, muka surat pertamanya ada kesan koyak. Then, aku selak-selak lagi. Ada lagi satu helai yang terkoyak. Agak teruklah koyaknya sampai tak boleh nak baca separuh daripada muka surat tersebut.



Buku ini di cetak oleh Dewan Bahasa dan Pustaka adalah terbitan tahun 1991 untuk cetakan pertama dan tahun 1994 untuk cetakan yang kedua.

Menceritakan tentang Zaid yang hilang ketika mengadakan lawatan bersama sekolahnya ke Gunung Pindah. Kehilangan Zaid nyata merisaukan semua orang kerana Gunung Pindah suatu ketika dahulu adalah tempat persembunyian komunis. Setelah usaha mencari menemui jalan buntu, atuk kepada Zaid iaitu Pak Jaya memutuskan untuk turut serta dalam usaha mencari Zaid. Ini kerana Pak Jaya suatu ketika dahulu adalah salah seorang daripada pejuang melayu yang menentang Jepun dan Komunis di Gunung Pindah. Bahkan dahulu dia dan rakan-rakan seperjuangannya bersembunyi di sebuah gua di Gunung Pindah. Dia mahir dengan selok belok hutan di Gunung Pindah.

Tapi itu dahulu. Kini berusia hampir 70 tahun, ingatannya tidaklah secekap dahulu. Apa yang berlaku ketika dia berusia 20-an sudah samar-samar dalam ingatannya. Tapi dia berusaha juga untuk mengingatinya.
Zaid pula sebenarnya telah nekad untuk mencari gua yang menjadi tempat persembunyian datuknya itu, setelah Pak Jaya menceritakan bahawa di gua tersebutlah Pak Jaya menyimpan parang pusaka tinggalan moyangnya Panglima Ibrahim. Parang pusaka itu dikatakan mempunyai azimat yang menguntungkan pemeliknya. Inilah sebabnya kenapa Zaid membuat keputusan untuk mencarinya.

Dalam usaha mencari Zaid, Pak Jaya telah sedikit sebanyak berjaya mengimbau kenangan semasa dia muda belia. Semasa dia berjuang melawan Jepun terutamanya. Bagaimana dia mengambil keputusan untuk bersembunyi di sebuah gua di Gunung Pindah kerana tidak ingin menjadi hamba kepada Jepun yang sedang giat menangkap anak-anak muda Malaya untuk membawa mereka ke Burma dan Siam bagi menyiapkan landasan kereta api di sana.

Secara keseluruhannya tulisan Osman Dol ini menarik untuk dibaca jika anda minat sejarah. Mungkin penceritaan dari segi sejarahnya tidaklah tepat tetapi ianya menarik dari segi cerita yang dibawa. Apa yang mengganggu aku hanyalah, Zaid berjaya di temui semula sebelum cerita tentang perjuangan Pak Jaya selesai di recall semula. Kemudian tiada cerita tentang kehebatan dan betapa hebatnya azimat parang pusaka Panglima Ibrahim.

Kemudian, satu lagi yang menyakitkan hati aku adalah aku tidak berjaya menghabiskan pembacaan aku kerana helai-helai terakhir buku ini tiada.  TIADA. Siapa yang mengoyakkan, aku tak pasti. Tapi aku memang terkilan sedikit. Teringin juga nak tahu bagaimana cerita ini berlabuh.

Share:

0 comments

Komen anda adalah di hargai :D