Aku Ingin Mendidik Imam Muda
“Along,
dalam phone along ada applikasi Quran tak?”
Soal
aku pada anak sulung yang sedang leka di depan tv. Cuba menarik perhatiannya.
“Ada
ayah...”
“Pernah
guna tak?”
“Ada
la jugak sekali dua. Hee...”
“Hari
ni dah baca al-quran along?”
“Belum
lagi ayah.”
“Jom,
kita baca quran sama-sama. Along baca dulu, ayah semak. Lepas tu, ayah baca
along tolong semakkan. Boleh?”
“Boleh.
Jom, tapi along nak pegang rotan jugak. Hee.” tersengih dia.
“Amboi. Bahaya ni.”
“Along
pergi ambil quran dulu ya, ayah.”
“Ambil
sekali handphne kamu. Handphone ayah sekali.”
Aku
sedang duduk di meja, menanti anak sulungku yang pergi mengambil quran.
“Ok...
quran letak atas meja. Bukak phone kamu tu.”
“Bukak
phone?”
“Yes.
Kita gunakan applikasi quran dalam phone ni. Kalau tak jelas, kita rujuk quran.”
Aku
tersenyum padanya. Dia angguk tanda akur.
Aku
percaya kepada perlunya seorang bapa menunjukkan contoh yang baik sebagai
ikutan anak-anak. Aku percaya kepada kepentingan didikan awal anak-anak di
rumah. Dan aku percaya lagi yakin, anda yang sedang membaca juga sedar akan
kenyataan ini. Tapi adakah kita kuat untuk melaksanakannya? Sejauh mana kita
mengimplementasikan, melaksanakan ‘contoh’ dan ‘ikutan’ yang baik ini?
Isu
di atas, seorang bapa mengajak anaknya mengaji. Bagus bukan? Tapi bagi aku yang
lagi bagus dan yang terbaik adalah apabila bapa di atas mengajak anaknya
mengaji dengan menggunakan applikasi
quran yang ada di dalam handphone mereka.
Rata-rata
mereka yang menggunakan telefon pintar, mesti ada applikasi tersebut. Tapi,
berapa ramai di antara kita yang punya kemudahan ini, menggunakannya sebaik
mungkin? Berapa ramai yang sekadar menyimpan applikasi ini di dalam telefon
pintar? Atau kita menyimpan applikasi tersebut kerana segan. Ya, segan kerana
bagi kita seorang muslim perlu ada applikasi tersebut dalam telefon pintar.
Nanti apa pula kata orang.
Jadi apa kata, kita sama-sama mulakan sesuatu
yang baru. Membina generasi yang baru. Generasi yang celik agama dan ilmu dan
dalam masa yang sama menggunakan segala kemudahan yang ada di depan kita. Tak
mengapa kalau ayah kita tak ajak kita baca quran sama-sama. Apalagi ajak baca
quran on phone. Apa kata kita yang mulakan. Tunjukkan sesuatu yang baru dan mampu
dicontohi oleh sesiapa saja.
Dan
mungkin suatu hari nanti, kita yang ajak anak kita baca quran on phone.
Tunjukkan pada mereka satu sudut penggunaan phone yang lain daripada yang lain.
Gunakan apa yang ada sebaiknya.
Tags:
Menjadi bapa
5 comments
kite dah follow blik..tq ea :)
ReplyDeletekasih seowg bapa terhadap anknye....:)
tq si kembar.. =)
ReplyDeleteyup2x...skrg lau baca yasin kat surau pun guna hp kan..senang lg..hihihi
ReplyDeleteyup2x...skrg lau baca yasin kat surau pun guna hp kan..senang lg..hihihi
ReplyDeletekemudahan yg ada, kaIau kita gunakan sebaiknya, insyaaIIah ada =)ganjarannya..
ReplyDeleteKomen anda adalah di hargai :D