Cinta Gitar Hitam [Part 6]



Shah: Pergi mohon repeat kau tu la.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
2 bulan berlalu...

Hanif: Wan... Bangun Wan. Dah nak subuh dah ni.

Safuan menguap sebelum melihat jam di atas meja.

Safuan: Awalnya bang. Baru 5.30 pagi. Subuh lambat lagi. Sempat lagi nak berdengkur barang seminit dua.

Hanif: Bangunlah Wan. Jom kita pergi masjid, jemaah kat sana. Asyik jemaah kat bilik je.

Safuan: Hah? Jemaah kat masjid? Alrite.. Tunggu jap, Wan nak mandi.

Hanif: Cepat sikit. Lambat jalan kaki.

Wan: Wahh.. Kejam betul. Masjid jauh kot. Tunggu ek.

Selepas solat subuh...

Safuan: Bang, jom balik. Lapar la. Kita singgah beli sarapan dulu ye. Hehe.

Hanif: Yelah. Yelah. Belanja?

Safuan: Ciss. Mana cukup duit...

Hanif: Tak kira. Belanja jugak.

Safuan: Okaylah...

Phone Hanif berbunyi..

Aizat: Assalamualaikum. Hanif, free tak hari ni? Jom lepak studio. Jam 10. 

Di studio jam 10 pagi...

Don: Boleh tak Anip? Jamming dengan kitorang hari ni?

Hanif: Boleh je. No hal punya. Tapi... Mana Ijam?

Fiq: Jat tak bagitau kau ke Anip?

Hanif: Bagitau ape?

Jo: Ijam... Dia dah stop belajar sini.

Don: Dia fly ke Mesir. Ambik Pengajian Islam kalau tak silap.

Aizat: Sorry la. Aku lupa.

Hanif: Laa... Bila?

Aizat: Start semester hari tu dia stop dah. Dia fly bulan lepas.

Don: Kita doakan yang terbaik la untuk Ijam. Rezeki dia dapat belajar sana. Bukan calang-calang orang dapat peluang macam tu.

Hanif: Amin.. Tak sangka..

Don: Errmm. Aku tak ada idea la nak main lagu ape hari ni. Any ideas guys?

Hanif: Hemm... Korang pernah dengar group nama Algebra? Lagu diorang, Aku Rela.

Fiq: Aku pernah. Aku pernah. Tapi group nasyid tu kan?

Jo: Excited terlebih pulak dah dia ni. Band nasyid tu.

Don: Lagu diorang semua boleh jamming punya. Sedap jugak lagu Aku Rela tu.

Aizat: Memang sedap pon. Jom la... Tunggu ape lagi?

Hanif: Jom.

Don: Emm... Anip, kau nyanyi. Boleh? Aku back up.

Hanif: Boleh... Insyaallah.

Aizat: Cantik...

Mereka bersedia dengan instrument masing-masing. Hanif berdiri di depan sekali. Don, Aizat dan Jo dengan gitar di sisi. Fiq di hujung bersama keyboardnya. Tanpa Ijam, dram tiada rentak. Don memandang pada yang lain seolah-olah memberi isyarat tanda menyuruh bersedia untuk  mula. Yang lain serentak mengangguk menyambut.

Telah ku rela nama dan diri
Menjadi sasaran kerana cinta,
Telah ku rela segala tohmahan
Bermaharajalela kerana cinta
Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa
Meluah fakta
Mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta

Aizat memandang Don dengan senyuman. Don tersenyum kembali. Suara Hanif memang sedap dan mendayu. Tidak hairanlah dia menerima banyak undangan show sebelum ini. Sampai ke chorus...

Biarku tanggung rasa derita
Asalkan agama selamat akhirnya
Yang membantah, hanya berfalsafah
Kerana bimbang suapan harian
Dengan menjual nama tuhan...
Lalu kebenaran disingkirkan
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara akhirnya

Sampai ke bahagian tinggi..

Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini... aku bahagia
Kerana...
Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga

Jo: Fuhh.. Tinggi kot part last tu.

Fiq: Boleh tahan suara kau Anip.

Don: Tak sangka aku Anip, memang terbaiklah kau bawak lagu ni.

Hanif: Hahaha... Aku ingat tak sampai suara aku tadi. Naik jugak urat aku.

Aizat: Mengarutlah. Betul cakap Abang Don tu. Memang terbaik pon

Pintu studio terbuka. Salam kedengaran...

Sofia: Assalamualaikum... Aizat ada?

Aizat: Waalaikumussalam... Ehh Sofia... Buat ape kat sini? Korang, aku keluar jap ek.

Fiq: Wokey... Jangan lama-lama. Mahal bayar sewa studio ni. Bazir je nanti. Hahaha

Aizat: Yelah.

Jo: Fiq jealous la tu. Huhuhu...

Aizat dan Sofia keluar dari studio. Hanif kelihatan tertanya-tanya. Sebelum ini dia jarang melihat Aizat bertemu dengan mana-mana perempuan. Apalagi seorang perempuan datang mencarinya sehingga ke studio. Lebih menarik perhatiannya, perempuan yang mencari Aizat itu seperti pernah dilihatnya.

Don: Sepupu Aizat tu. Sofia namanya. Ada la hal penting tu kalau cari sampai ke studio.

Hanif: [Menggumam] Tapi macam pernah nampak je budak tu...

Jo: Aii.. Terpikat ke bang? Hahaha

Part 5                                                                                                            Part 7


Share:

0 comments

Komen anda adalah di hargai :D