Srikandi yang setia
“Abang, tolong buatkan air. Kejap lagi adik nak balik
sekolah.”
“Kejap mak. Nak simpan laptop dalam bilik.”
Henset berbunyi. Ada mesej masuk. Aku terus ambil henset dan
duduk menghadap meja study setelah meletak laptop. Mesej yang masuk, panjang
berjela.
Selesai membalas mesej, aku kembali menghadap laptop. Mahu
menghabiskan bacaan di blog. Selepas satu post, aku beralih ke post seterusnya.
Aku tergelak sakan membaca post tersebut.
Tiba-tiba aku terdengar bunyi dari luar bilik. Bunyi air di
dalam jag yang sedang dikacau untuk melarutkan gula. Aku menepuk dahi.
“Alamak! Macam mana boleh lupa ni.”
Ya. Aku lupa yang mak minta tolong buatkan air. Kemudian mak
masuk bilik, membawa baju adik lelaki aku untuk di simpan dalam almari baju.
Aku memandang wajah mak. Penat. Itu yang terpancar di wajah suci mak.
“Nanti ingatkan mak untuk ambil daging dalam peti sejuk.”
“Ok. Mak nak pegi mana?”
“Nak pergi kerjalah. Kerja petang. Daging tu nak bagi kawan
mak.”
“Oh... “
Apalagi yang mampu aku katakan. Mak dari pagi bertugas di
rumah. Memasak, mengemas dan macam-macam lagi. Petang pula, bertugas di
hospital. Bilik bedah pula tu. Itu jika shift petang. Kadang-kadang shift malam
dan pagi. Pernah juga mak kerja dua shift sekaligus.
Namun mak tak pernah lupa akan keperluan kami adik beradik
di rumah. Semuanya di sediakan. Walaupun kadang-kadang hanya bahan yang
disediakan dan tugas memasak diamanahkan kepada aku, tapi bukankah itu sudah
memadai. Kerana aku bukannya kecil lagi. Dah besar panjang. Layak jadi bapa
orang dah pun. -_-
Itulah hebatnya seorang mak atau ibu atau umi atau mama.
Sekalipun panggilannya berbeza, tapi perngorbanan dan jasanya tetap sama. Tiada
bandingnya. Dialah serikandi yang setia. Kepada suami dan anak-anaknya.
Hari ini aku gagal membantu mak untuk buat air. Mungkin esok
lusa, anak aku pula gagal membantu aku. Mungkin bukanlah gagal buat air.
Mungkin juga gagal dalam perkara-perkara lain. Muhasabah. Itu perlu.
Kerana
Allah Maha Adil.
Kuah pasti tumpah ke nasi. Dan nasi pasti tidak semuanya ke
perut. Ke lantai pun ada juga. Itulah lumrahnya.
Tags:
menjadi suami
0 comments
Komen anda adalah di hargai :D