Cinta Gitar Hitam [Part 8]




Beberapa hari kemudian, di masjid selepas solat zohor..

Aizat: Assalamualaikum Anip.

Hanif: Waalaikumussalam. Haa.. Jat, macam mana?

Aizat: Maaf Anip. Dia menolak untuk berjumpa. Dia tak merasakan ada keperluan untuk awak dan dia berjumpa. Jadi dia menolak dengan baik.

Hanif: Menolak?

Aizat: Bukan apa Anip, dia agak sibuk dengan komitmen lain. Dia minta maaf.

Hanif: Ohh... Takpelah.. 

Aizat: Tapi dia kata kalau ada apa-apa, awak beritahu saya je. Nanti saya boleh beritahu dia katanya. Kiranya saya sebagai orang tengahlah.

Hanif: Ohh.. Macam tu ye.. Boleh juga tu..

Aizat: Anip, boleh saya tanya?

Hanif: Apa dia Jat?

Aizat: Kenapa awak nak jumpa sepupu saya?

Hanif: Hemm.. Macam ni Jat..

[Flashback]

Shah: Benda kecik ke kalau kau dah start abaikan solat?

Hanif: Itu antara aku dengan tuhan. Kau jangan sibuk.

Hanif bangun dan berjalan menuju motornya. Shah hanya mampu melihat rakannya itu berlalu pergi. Derap langkah Hanif semakin kencang. Sekencang perasaan marah yang membuak-buak di dalam hatinya. Sesampainya di motorsikal, dia segera menunggang keluar dari tempat parkir. Hanif menunggang dengan laju menuju ke selekoh pintu masuk kolejnya. Elok sahaja dia melepasi selekoh, kelihatan sekumpulan pelajar di tengah jalan. Dia menekan brek dengan cemas. Kerana melakukannya secara mengejut dia gagal mengawal motornya dan terjatuh.

Hanif: Hoii!! Tak nampak ke orang bawak motor? Jalan kat tepi la. Ni duduk tengah-tengah jalan, hilang akal ke? Nasib baik tak langgar.

Kumpulan pelajar perempuan itu terdiam. Masing-masing mengutip barang-barang yang terjatuh. Ada yang membersihkan pakaian akibat terjatuh kerana terkejut dengan tindakan Hanif yang menunggang masuk kawasan kolej secara melulu.

Hanif: Hoi!! Tak dengar ke aku cakap? Adoi. Sampai jatuh motor aku. Hah, calar. Woi!! Sampai calar motor aku!! Siapa nak tanggung ni?

Sofia: Saudara, kami lintas jalan tadi. Saudara yang masuk selekoh melulu tak tengok orang. Kenapa nak salahkan kami pulak?

Hanif: Banyaklah kau punya lintas jalan. Ni, calar motor aku ni. Siapa nak ganti cat? Menyusahkan orang. Tak guna betul.

Sofia: Hei saudara! Cakap elok-elok sikit ye. Dah la hampir-hampir nak langgar orang. Minta maaf pon tidak. Lepas tu salahkan orang lain pulak.

Lina: Sudahlah Sofia. Jangan dilayan orang macam ni. Lagipun tak ada yang cedera. Cuma jatuh sikit je.

Sofia: Tak boleh dibiarkan Lina. Kita diam, dia pijak kita. Sabar memanglah sabar. Tapi kalau dah macam ni, mana nak tahan.

Lina: Sabarlah Sofia. Maafkan kami ye saudara. Kami minta diri dulu. Jom Sofia. Jom semua.

Hanif: Eloklah tu. Aku pon malas nak layan korang ni. Lagi-lagi kau. Sakit hati je.

Sofia: Saudara, Allah itu adil.

Lina: Sudahlah Sofia. Jom.

Hanif: Menyusahkan orang betul.

[Flashback Tamat]

Aizat: Awak pasti ke orang yang awak hampir langgar sepupu saya, Sofia?

Hanif: Aku yakin Jat. Dia orangnya. Aku ingat lagi muka dia. Cermin mata pon sama. Tudung yang dia pakai masa jumpa kau kat sudio tu, sama dengan tudung masa aku gaduh dengan dia hari tu. Gayanya pon sama. Semua sama. Aku yakin.

Aizat: Hemm.. Dia tahu ke awak orang yang bergaduh dengan dia hari tu?

Hanif: Tak kot. Sebab masa tu aku pakai helmet. Full face lagi tu.

Aizat: Saya rasa betullah.

Hanif: Betul apa Jat?

Aizat: Sepupu saya tu, ada juga cerita yang dia hampir kena langgar kat pintu depan kolej. Siap bertengkar lagi katanya.

Hanif: Ohh..

Aizat: Apa yang awak cerita tu, sama dengan apa yang dia cerita pada saya.

Hanif: Jat, dia ada cakap apa-apa lagi tak tentang kejadian tu?

Aizat: Dia cuma cerita macam tu je. Tak ada cakap lebih-lebih pulak. So kiranya awak nak minta maaf kat dialah ni.

Hanif: Yes. Itulah sebabnya kalau boleh aku nak jumpa dia. Aku nak minta maaf, face to face. Aku tahu, mungkin susah dia nak maafkan aku. Tapi sekurang-kurangnya, aku nak minta maaf. Dia maafkan atau tidak, itu belakang kira. Kau tolong aku Jat.

Aizat: Insyaallah.

Hanif sedikit lega mendengarnya. Walaubagaimanapun hatinya masih gelisah dan belum tenteram sepenuhnya selagi belum dimaafkan. Dia sangat mengharapkan kemaafan dari Sofia kerana baginya apa yang telah dilakukannya adalah melampau dan terlalu mengikut emosi dan perasaan. Bila diri diselubungi rasa marah, kewarasan tiada lagi.

Hari itu hujan turun melimpahi bumi. Sejak pagi lagi awan mendung berarak,rintik-rintik hujan mulai kelihatan dan apabila menjengah ke tengahhari, hujan semakin lebat. Tiada tanda-tanda yang hujan akan reda dalam masa terdekat. Rakan sebilik Hanif, Safuan dari pagi lagi telah keluar. Ada urusan penting katanya. Tidak pula diberitahu apakah urusannya. Semalam Hanif telah dimaklumkan bahawa gitarnya yang hilang beberapa bulan lalu telah ditemui. Kata Zaki, gitar Hanif telah diambil oleh seorang pekerja cafenya dan diletakkan bersama instrument yang lain. Disangka hak milik cafe. Hanif nyata teruja mendengar berita tersebut. Dia telah berjanji dengan Zaki untuk mengambil balik gitarnya tengahhari ini. Namun, kerana hari hujan Hanif berfikir panjang untuk keluar.

Sedang Hanif asyik berfikir samada mahu keluar atau tidak, telefon bimbitnya berbunyi. Nama Zaki tertera di skrin.

Zaki: Helo.. Hanif, kau nak ke tidak gitar kau ni? Kata nak datang sebelum tengahhari. Ini dah nak pukul satu dah.

Hanif: Ye. Memang aku nak datang, tapi hujan lebatlah. Susah nak keluar.

Zaki: Pulak dah.. Macam-macamlah kau ni. Suka hatilah. Tapi kalau apa-apa jadi kat gitar kau, jangan salahkan aku.

Hanif: Zaki, tolonglah simpan dulu. Janganlah macam ni. Okay. Aku datang hari ni jugak. Kau tunggu, simpankan gitar aku.

Zaki: Apa-apa je la. Nak ambik, datang. Kalau tak nak, sudah.

Sebaik sahaja talian putus, Hanif bersiap untuk keluar ke cafe Zaki. Hujan lebat sudah tidak dipedulikannya. Yang pasti, dia mahukan gitarnya semula. Gitar yang menjadi temannya sejak berbulan yang lalu itu mempunyai nilai yang tersendiri. Sejak gitarnya hilang, dia sudah kurang aktif bermain alat muzik.

Hujan semakin lebat, namun Hanif tetap dengan keputusannya untuk keluar dan pergi ke cafe Zaki. Sebaik sahaja dia menghidupkan enjin motornya dia memecut laju. Penglihatan Hanif terbatas kerana lebatnya hujan. Bagi Hanif lagi cepat dia sampai, lagi bagus. Dapatlah dia berehat sebantar di cafe tersebut sementara menanti hujan reda. Sesampainya di pintu pagar kolej, Hanif terus memecut tanpa melihat keadaan lalu lintas. Kolej kediaman Hanif ini terletak betul-betul didepan jalan raya. Di waktu puncak seperti tengahhari, sememangnya banyak kenderaan yang melaluinya.

Malang buat Hanif, sebaik sahaja dia belok ke kanan dan memecut untuk keluar dari kolejnya, sebuah kereta melintas dari arah yang bertentangan. Hanif serta merta brek dan cuba mengelak daripada berlanggar.Dia gagal mengawal motorsikalnya. Keadaan jalan raya yang basah menyebabkan Hanif tergelincir dan jatuh dari motorsikalnya. Mujur juga kereta tersebut sempat berhenti secara mengejut sebelum sempat bertembung dengan Hanif. Namun begitu, Hanif yang jatuh dari motorsikalnya tercampak ke tengah jalan raya. Hanif kaku dan tidak mampu menggerakkan badannya. Matanya juga tertutup kerana terlalu pedih menahan sakit akibat terjatuh dari motorsikalnya.

Pemandu kereta tersebut segera keluar bagi melihat keadaan Hanif. Darah kelihatan mengalir keluar dari kaki kiri Hanif. Pemandu kereta tersebut menelefon bantuan ambulans dengan segera. Hanif masih sedar namun tidak mampu bergerak. Matanya tertutup namun telinganya masih mampu mendengar. Suara pemandu yang menelefon bantuan ambulans itu seperti dikenalinya. Hanif berusaha membuka matanya. Matanya sedikit terbuka dan dia dapat melihat Sofia berada di depannya bersama seorang lagi perempuan. Cuba memberi bantuan yang sewajarnya. Beberapa ketika kemudian, mata Hanif tertutup dan dia tidak sedarkan diri.

Shah: Anip, bangun Anip. Anip, dengar tak?


PART 7                                                                                                      PART 9

Share:

0 comments

Komen anda adalah di hargai :D