Rasulallah Style; Jangan Tolak Yang Wangi Itu
Usai
mengambil wuduk, Johari berjalan perlahan ke dewan solat masjid. Dia menunggu
kelibat sahabatnya Kadir dan Luqman. Sementara menunggu, Johari mengeluarkan
sebotol minyak wangi dan mengharumkan dirinya.
“Wanginya!
Minyak wangi baru ke?”
“Yup.
Mak aku bagi. Katanya daripada Pak Long aku yang baru balik umrah.” Johari
menghulurkan botol minyak wangi tersebut kepada Luqman.
“Bukan
yang kau pakai kelmarin banyak lagi ke?” Luqman mencalit minyak wangi ke jarinya,
disapu ke muka dan baju.
“A’ah.
Banyak juga bakinya. Tapi, ini pemberian orang. So, aku pakailah dulu yang ini
untuk meraikan pemberinya.”
“Sembang
apa ni?” Kadir menyampuk sebaik saja mendengar dua sahabatnya rancak
bersembang.
“Nah.
Pakai minyak wangi. Ni baru lagi dapat ni.” Botol minyak wangi dihulurkan pada
Kadir.
“Tak
mau lah. Kau bukan tak tau aku tak suka pakai minyak wangi. Lagi-lagi kalau
baunya kuat menyengat.”
“Pakailah
sikit. Sunnah nabi ni.” Luqman mencelah.
“Betul
tu Kadir. Nabi ada bersabda, ada tiga benda yang kita tak boleh tolak. Pertama
bantal, kedua minyak wangi dan ketiga susu.” senyum Johari. Tangannya masih
menghulurkan minyak wangi kepada Kadir.
“Ada
lagi Kadir, Jo. Nabi kata kalau kita diberi minyak wangi, jangan ditolak sebab
segala yang wangi itu berasal dari syurga.” sambung Luqman lagi.
“Yeke?
Kalau camtu bagi sini minyak wangi tu.” Kadir mengambil botol minyak dan
disapunya ke seluruh badan.
“Eii..
Kalau macam tu punya banyak kau pakai, esok habislah minyak wangi tu.” Tersengih
Luqman dan Johari melihat telatah sahabat mereka.
“Kau
selalu bawak minyak wangi Jo. Kenapa?” soal Kadir.
“Sebab
berwangi-wangi ni kan sunnah nabi. Nabi pun ada sebotol minyak wangi yang
baginda guna untuk mengharumkan diri.”
”Barulah
Rasulallah style.” tersenyum mereka bertiga. Hikmah disebalik bersahabat, ingat
mengingati sesama sindiri.
Masa
belajar di matrik, kami selalu lepak dan menghabiskan masa di masjid.
Sehinggakan ramai di antara kami sudah ada meja study ataupun “tempat lepak”
sendiri. Lagi-lagi pihak matrik sediakan meja-meja study di masjid untuk
kemudahan pelajar. Kiranya satu meja, satu group. Biasanya meja yang sudah
biasa dipakai oleh pengguna tetap tidak akan diganggu.
Meja
group kami, berada di pintu masuk yang biasanya dilalui oleh ustaz-ustaz dan
pensyarah-pensyarah yang ke masjid. Tidak ketinggalan pelajar-pelajar lain. Meja
kami juga biasanya ada dua atau tiga botol minyak wangi. Kadang-kadang lebih
dari tiga. Macam-macam jenama dan bau. Jadi, kebiasaannya ustaz dan pensyarah yang
masuk ke masjid melalui pintu tersebut akan singgah dahulu di meja kami untuk
memakai minyak wangi. Pelajar-pelajar lain pun ada yang tanpa segan silu
memakainya.
Jika
berkongsi dengan kawan-kawan seronok, bayangkan bila berkongsi dengan ustaz dan
pensyarah. Pasti lebih seronok. Alhamdulillah kami tidak dikurniakan sikap
sombong dan kedekut. Apalagi iri hati atau dengki. Kerana bila kita saling
memberi, kita akan berkasih sayang. Maka terbuktilah, akibatnya hubungan sesama
kami dan ustaz-ustaz serta pensyarah lain bertambah erat. Berkat.
Ada
satu ketika, kami sedang duduk di saf belakang, menunggu iqamat. Kemudian kami
perasan ustaz tercari-cari sesuatu setelah masuk ke dewan solat utama. Ustaz
datang kepada kami dengan muka tertanya-tanya. Kami naik hairan. Rupanya ustaz
mencari meja kami kerana mahu memakai minyak wangi. Kasihan ustaz. Masa itu,
meja kami diletakkan diluar kerana ada keperluan lain.
Tersenyum
sendiri tika terkenang masa yang indah. Zaman mengenal erti kebersamaan,
bersahabat dan berjuang menuju redha ilahi. Fasa itu telah berlalu, namun
memorinya tetap terus mengajar aku seribu erti.
Antara minyak wangi di meja kami =)
Tags:
menjadi sahabat
1 comments
Terima kasih infonya gan.
ReplyDeleteLumayan buat nambah elmu.
Gema Parfum
Minyak wangi terbaik.
----------
Komen anda adalah di hargai :D