Filem - Burnt

9:15 PM Hasnul Adin 0 Comments

Burnt.

Adam Jones hendak membina semula reputasinya dan mendapatkan Michelin Star yang ketiga. Dalam usahanya, dia mengugut kawan lamanya supaya dia dibenarkan untuk bekerja di dapur kawannya itu. Dia mendapatkan semula rakan sedapurnya yang lama, Michel dan Max disamping menambah muka-muka baru yang berpotensi.

Hutang yang tak sudah dengan pengedar dadah, masalah perseteruan dengan rakan sedapur yang lama dan dendam Michel (orang kedua dalam dapur Adam) antara isu yang dimainkan dalam cerita ni.

Ya. Aku setuju bila ada review yang mengatakan filem ni terlalu pendek. Seperti semua isu dirungkaikan dengan mudah dipenghujungnya. Hutang dibayarkan oleh kekasih lama, perseteruan hanyalah sekadar untuk meningkatkan reputasi masing-masing dan Michel hilang begitu saja selepas sabotaj menu Adam untuk Michelin Men.

Di hujung filem, ada satu time skip yang sangat menghampakan. Masa yang terhad menyebabkan banyak perubahan kepada watak dan mereka disekeliling ditayangkan dalam waktu yang singkat.

Review: "Burnt should have been a spicy treat. Instead, it comes and goes like so much fast food, leaving you hungry for a late-night DVD snack of Jon Favreau’s more palatable Chef"

Jangan salah sangka. Caritanya menarik. Seronok tengok cerita pasal kehidupan dan cabaran seorang chef untuk mendapatkan bintangnya yang ketiga disamping perubahan diri daripada seorang yang self-centered kepada boleh bertoleransi dengan orang lain.

Tambahan bagi yang suka tengok dan meneliti cinematography sesebuah filem, Burnt ada satu susunan gambar yang menarik dan cantik. Paparan menu-menu diatas pinggan dan suasana hidup dan hangat di dapur memang memuaskan mata yang melihat.

Komen: Boleh tengok lagi buat kali kedua atau ketiga. Gambarnya sangat cantik.











You Might Also Like

0 comments:

Komen anda adalah di hargai :D

Powered by Blogger.