Cara Paling Mudah untuk Melupakan Memori Buruk

4:14 PM Hasnul Adin 0 Comments

Ada yang tanya pada aku, macam mana nak lupakan perkara buruk yang jadi pada kita?
Jawapan aku, berhenti fikirkan perkara buruk tersebut. Mula fikirkan tentang kebaikan-kebaikan dan perkara positif yang berlaku dan yang boleh berlaku rentetan daripada perkara buruk tu.
Sebab aku yakin, dalam pada Tuhan berikan pada kita cabaran dalam hidup, pasti dicelah-celahnya ada ganjaran. Bahkan kadang-kadang banyak lagi ganjaran jika nak dibandingkan dengan satu cabaran yang dilalui.
Ada kawan aku tak dapat sambung belajar. Satu cabaran yang besar buat dia sebab adik beradiknya semua ke universiti. Tapi disebalik dia tak dapat sambung belajar tu dia bertemu dengan peluang perniagaan, dia dapat berguru dengan otai-otai bisnes bila-bila masa sahaja disebabkan dia tidak terikat dengan jadual universiti dan sekarang dia dah ada syarikat perniagaan sendiri. Bukan satu, tapi dua syarikat disamping ada juga mengadakan kelas-kelas berkaitan bisnes.
Lihat. Bersama kesusahan ada kesenangan.
Pesanan untuk kita semua, bersangka baiklah dengan Allah dan berusaha untuk lihat yang baik dalam setiap yang terjadi. Allah akan bukakan jalan untuk kita lupakan peristiwa hitam yang sakiti kita dulu.

You Might Also Like

0 comments:

Komen anda adalah di hargai :D

Powered by Blogger.