Aku Tak Dapat UPU, Aku Okay

Keputusan UPU keluar hari ni.

1. Aku dulu tak semangat pun nak semak keputusan UPU sebab aku ada feeling aku tak akan dapat mana-mana. Result pun sekadar 'berhuhu' sahaja.

2. Tapi aku tak rasa risau sebab aku tau rezeki Allah tu Maha Luas. Satu pintu tutup ada pintu lain terbuka. Aku yakin Allah ada ketentuan yang lain untuk aku. Aku cuma perlu bersabar dan berdoa.

3. Tak berapa lama lepas tu entah dari mana datang tawaran daripada Politeknik. Mula-mula pelik juga tiba-tiba Poli jemput masuk. Aku mohon masuk pun tidak Poli ni.

4. Tak banyak cakap aku masuk je Poli walaupun berat rasa hati pada mulanya. Mana tidaknya, rata-rata yang masuk sekali dengan aku budak-budak lepasan SPM. Pemikiran dan gaya diorang lain sungguh daripada aku. Aku jadi tak selesa pada mulanya. Aku susah nak masuk dengan diorang.

5. Bila teringat firman Allah dalam surah Al-Baqarah, aku cuba ubah semula mind set aku. Perbetulkan niat dan tujuan. Aku ingatkan balik diri aku bahawa di sebalik semua ni pasti ada hikmah. Allah tak akan saja-saja letak aku kat Poli.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”(Surah Al-Baqarah ayat 216)

6. Antara hikmah aku dapat Poli yang aku boleh kongsikan adalah, aku dapat jimatkan belanja sebab aku duduk di rumah mak ayah aku. Poli belakang rumah je. Kau jangan gelak. Ini rezeki aku. Yang kedua, bila dah aku menetap di Ipoh je, dapatlah aku selalu ke KMPk. Aku yang aktif dengan Alumni KMPk ni selalu saja menyibuk singgah KMPk. Lawatan rasmi kononnya. Aku aktif dengan Alumni KMPk ni pun ada banyak hikmahnya dalam hidup aku. Itu cerita lain.

7. Apa yang aku nak kongsikan adalah kau, aku, kita sebagai hamba kena berbaik sangka dengan Tuhan yang satu. Ya, memang tak mudah nak bersabar dan bersangka baik ni. Ia memerlukan kau untuk bertenang dan berfikir dalam masa yang sama.

8. Ada saja kawan aku yang tak boleh nak bertenang ni. Sikit-sikit nak mencarut. Sikit-sikit menggelabah nak cari salah orang supaya boleh nak dibahannya. Tapi bila kau fikirkan balik setelah kau puas mencarut dan membahan orang, apa yang kau dapat? Puas kau setakat itu saja. Seronok kau tak boleh dibawa mati. Lawaknya tu bukannya orang kenang sampai bila-bila, kan? Lari topik dah. Tapi itulah aku nak gambarkan bahawa sikap menggelabah dan cakap lepas ni tak bawa apa manfaat pun pada diri.

9. Pada kau yang semak keputusan UPU hari ni, apa pun keputusannya janganlah menggelabah dan sewenang-wenangnya nak salahkan Tuhan atau orang lain. Kau dapat U jauh ke, kos yang kau tak tahu ke atau dapat satu U dengan musuh kau ke, kau kena bertenang. Bersabar dahulu sebelum kau nak menghukum. Mungkin kau dapat U jauh tu adalah satu peluang untuk mematangkan diri. Mungkin kau dapat kos tu sebab rezeki di masa depan kau cerah dalam bidang tu. Mungkin kau dapat satu U dengan musuh kau tu nanti Allah takdirkan kau berdua jadi kawan baik, bff sehidup semati, sebantal sekatil.

10. Rahmat Allah tu maha luas tak terfikir oleh akal kita. Sebagai hambaNya kita perlu redha dengan ketentuanNya sebab tak ada ketentuan Allah tu yang sia-sia.

11. Tak sia-sia aku masuk Poli. Betapa banyaknya hikmah dan rahmat Tuhan yang aku dah rasa. Sekarang aku dah di semester akhir. Sekejap je aku rasa.




Share:

6 comments

  1. Kena dapat dua sekali lagi haru sayang
    Macam anak auntie dpt dua tawaran kena istihkarah...
    Moga pilihan yg tepat - dah nak masuk sem akhir pun

    ReplyDelete
  2. Admin Kmpk. Kak sy pun sama. Cuma dia xaktif alumni. Sekali dua ada la.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Komen anda adalah di hargai :D