Sendawa dan Air Mata

Semasa dalam perjalanan ke Penang kelmarin, adik lelaki aku sakit perut. Tak tahu la apa yang ditelannya sebelum naik kereta tadi.

"Nak terkentut la..." kata dia.

Boleh pulak adik aku yang lagi seorang komen "Kamu tahan kentut tu. Habis berbau kereta nanti. Kamu tahan. Nanti dia keluar kat mulut, jadi sendawa. Takda la bau busuk kereta."

Aku malas nak masuk campur. Bab kentut je pun. Lepaskan je. Sebab makin diperam, makin bahaya.

Beberapa detik selepas tu adik aku tu kata "Alamak, nak terkencing pulak."

Dengan gahnya aku kata "Kamu tahan kencing tu. Nanti dia keluar sebagai air mata. Sama macam kentut tadi "

Terus telinga aku kena jentik dengan mak.

Nak bagitahu, komen biar berakal. Adoi.

Share:

0 comments

Komen anda adalah di hargai :D