Ini Impian Kamu?




"Baiklah kelas, hari ni cikgu mahu kamu semua lukiskan rumah impian kamu ya."

"Baik cikgu!"

"Okay. Siapa dah siap boleh hantar ya."

"Ini rumah impian kamu ya, Hidayat?"

"Ya, cikgu. Suatu hari nanti saya akan hidup di rumah yang besar ni cikgu. Saya nak bawa ayah saya, mak saya, adik-adik saya duduk dengan saya. Sekarang kami orang susah. Tapi nanti saya dah besar, saya dah berjaya, kami akan duduk di rumah ini cikgu!" teruja sekali anak kecil ini menceritakan impian dan cita-citanya.

"Macam ni Hidayat. Lukisan kamu memang cantik, tapi cikgu tak kan dapat nak luluskan markah untuk lukisan kamu ni kerana ianya tak realistik."

"Tapi ini impian saya cikgu. Rumah impian saya."

"Ini memang impian kamu, tapi ia juga angan-angan. Hidup kena realistik Hidayat. Cikgu bagi kamu peluang. Bawa balik lukisan kamu ini. Kelas seterusnya nanti hantarkan pada cikgu lukisan yang baru."

Berkecamuk perasaan Hidayat. Apabila sampai rumah ditunjukkan lukisannya itu pada ayahnya.

"Ayah, apa pendapat ayah tentang lukisan saya ini?"

"Wow, cantiknya! Rumah siapa ni Hidayat?"

"Rumah kita ayah. Rumah impian kita. Rumah impian saya. Suatu hari nanti."

Seakan tahu ada yang tidak kena, ayahnya bertanya padanya apa yang telah berlaku.

"Cikgu kata lukisan saya tak realistik dan akan gagalkan lukisan saya kalau tak hantar lukisan yang lain. Macam mana ni ayah?"

Lama bapanyya merenung lukisan itu lalu dia memandang tepat ke Hidayat dan berkata;

"Hidayat, ini impian kamu. Ia pilihan kamu dan ayah akan sentiasa menyokong kamu."

Apabila tiba kelas yang seterusnya, Hidayat berjumpa denga cikgu lukisannya.

"Hidayat, nak hantar lukisan kamu ya? Mana dia? Mari tunjukkan pada cikgu."

Hidayat menghulurkan lukisannya. Terpaku cikgu itu melihat lukisan yang dihantar Hidayat adalah lukisan yang sama beberapa hari lalu.

"Hidayat, ini lukisan yang sama kan? Kenapa hantar yang ini juga?"

"Saya ada berbincang dengan ayah saya tentang ini, dan saya juga telah berfikir, ini adalah keputusan saya. Saya akan kekal dengan impian saya. Terima kasih cikgu."

Hidayat diluluskan sekadarnya untuk subjek lukisan.

20 tahun berlalu.

Hidayat berjumpa semula dengan guru lukisannya. Dia ingin berkongsi kejayaannya dengan gurunya tersebut.

"Cikgu, terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk kekal dengan impian saya. Mungkin hari ini, impian saya tak akan jadi kenyataan jika cikgu menerima lukisan saya terus dahulu. Terima kasih cikgu."



*Diambil dan diolah sedikit daripada buku "Ulu Yam di Liverpool" tulisan Tuan Nazali Noor

Share:

0 comments

Komen anda adalah di hargai :D