Sejarah Gerakan Mahasiswa Dalam Cerminan Dekad

3:28 PM Hasnul Adin 1 Comments

Sejarah Gerakan Mahasiswa Dalam Cerminan DekadSejarah Gerakan Mahasiswa Dalam Cerminan Dekad by Riduan Mohamad Nor
My rating: 4 of 5 stars
“Dunia adalah milik anak muda dan tanpa mereka dunia tidak akan berubah!”

Satu tulisan yang dapat membuka minda pembaca terutamanya dari kalangan pemuda pemudi bergelar mahasiswa mahasiswi yang kurang arif tentang pergerakan mahasiswa di institusi-institusi pengajian tinggi di negara ini.

Apa yang dapat dilihat, ada jurang perbezaan yang ketara dalam gerakan mahasiswa kini dan gerakan mahasiswa pada dekad-dekad yang lalu.
Antara yang menyebabkan wujud jurang ini adalah perpecahan yang berlaku dalam kalangan mahasiswa sendiri. Ini yang menjadi punca utama kelemahan gerakan pelajar sehingga akhirnya momentum mulai lemah.
Jika dibandingkan, mahasiswa kini terdedah kepada pergaduhan dan perselisihan faham dengan lebih mudah. Masing-masing ingin mengutarakan pendapat tetapi ianya berlaku di belakang skrin, menggunakan keyboard tanpa perlu face to face. Ini menambahkan lagi rasa “berani” untuk memperjuangkan ideanya tanpa risiko besar dicemuh apabila ada yang tidak setuju. Sebenarnya ini melemahkan mahasiswa sendiri kerana kurangnya pendedahan terhadap realiti kehidupan yang sebenar.
Tanpa kemudahan yang ada di alaf baru ini, mahasiswa dekad yang lalu perlu turun dan berkumpul dalam usaha untuk menyampaikan idea-idea mereka. Pendedahan demi pendedahan telah membina kekuatan bukan sahaja kepada indiviu tetapi kepada kumpulan mereka. Ukhuwah dan persefahaman mereka bertambah kukuh. Sama-sama merasa.

Apapun, gerakan mahasiswa sepanjang kewujudannya telah memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan negara.

Moga lahir lebih banyak pemimpin dari denyut nadi rakyat.


View all my reviews

Review penuh:


“Dunia adalah milik anak muda dan tanpa mereka dunia tidak akan berubah!”
Satu tulisan yang dapat membuka minda pembaca terutamanya dari kalangan pemuda pemudi bergelar mahasiswa mahasiswi yang kurang arif tentang pergerakan mahasiswa di institusi-institusi pengajian tinggi di negara ini.



Di awal penulisan, penulis telah mendedahkan gerakan-gerakan mahasiswa dari rantau Asia bersama pencetusnya dari kalangan anak muda dengan julat umur 20-an sebelum menceritakan tentang gerakan di Malaysia. Antara negara-negara yang disebut adalah Mesir dimana tertubuhnya Ikhwanul Muslimin dibawah pimpinan Hassan al-Banna, Filpina dengan Jose Rizal, Aung San Suu Kyi di Burma dan lain-lain lagi.

“Kampus  universiti atau institusi pendidikan sebagai wadah untuk  mencanai pemnikiran anak muda, mengasuh menjadi pemimpin dan menuang idea-idea besar dalam minda mereka yang mendidih dengan semangat untuk mengubah masyarakat.” tegas penulis.

Dalam buku ini, penulis membahagikan gerakan-gerakan mahasiswa mengikut dekad. Bermula dengan dekad 60-an sehinggalah kini.

Secara umumnya gerakan pada tahun 60-an telah menyaksikan anak muda mahasiswa bergerak pada skala yang besar apabila banyak kegiatan dan bantahan mereka tidak hanya tertumpu dalam negara bahkan di peringkat antarabangsa. Pembelaan hak rakyat Palestin, pencerobohan Amerika di Vietnam dan sebagainya. Antara tokoh-tokoh mahasiswa yang terkenal pada masa itu adalah Sanusi Osman dan Anwar Ibrahim.



Dekad 70-an menjadi saksi  permuafakatan politik baru, BN yang juga disertai oleh PAS dengan bertemakan perpaduan. Lanskap politik negara yang berubah ini adalah kesan daripada peristiwa 13 Mei. Ketika itu suara mahasiswa semakin berkesan akibat daripada tenggelamnya suara pembangkang dalam parlimen.

Kebangkitan mahasiswa dalam dekad 70-an telah membawa kepada kebangkitan Islam secara perlahan-lahan mengambil alih pengaruh sosialisme di kampus-kampus. Ini juga adalah hasil impak fenomena kebangkitan Islam diseluruh dunia ketika itu.

Penulis telah mengetengahkan dua susuk yang tidak asing dalam dunia politik Malaysia dalam dekad 70-an ini. Anwar Ibrahim dan Hishamuddin Rais masing-masing punya impak dan karisma yang tersendiri dalam membawa perjuangan mereka ke depan.



Tahun 1971, Angkatan Belia Islam Malaysia, ABIM ditubuhkan oleh pengasasnya Anwar Ibarahim untuk menjadi wadah  kesinambungan perjuangan PKPIM. ABIM mendokong konsep Islam sebagai addeen dalam pengertian syumul dan bercita-cita untuk mewujudkan masyarakat Islam yang tulen.

Diceritakan juga sedikit bagaimana Anwar Ibrahim sebelum menyertai UMNO, bersama ABIM meletakkan diri mereka sebagai generasi al-Quran. Mereka membina lanskap baru kampus dalam suasana Islam. Isu pertama yang menjadi sasaran mereka ialah akhlak. Menentang kegiatan-kegiatan untuk berseronok seperti ragging ketika orientas, mendesak kewujudan surau di kolej kediaman dan menghentikan bar-bar serta majlis maksiat yang lain.

Anwar telah menjadikan ABIM sebagai kuasa kuat di kampus dalam dekad 70-an.

Penulis turut menbincangkan mengenai AUKU  yang bertujuan mengawal pergerakan mahasiswa terutama dalam politik dan membendung faham perkauman serta melumpuhkan potensi pelajar sebagai pengkritik kerajaan.

Ini dapat difahami mengapa apabila kita kenang semula peristiwa “Demonstrasi Anti Tunku”. Pelajar melayu begitu marah kepada Tunku atas beberapa alasan; jurang ekonomi antara melayu dan cina, kemiskinan luar bandar yang tegar dan ini telah mengakibatkan keupayaan Tunku dipertikaikan lantas mendesak beliau meletak jawatan.

Desakan demi desakan akhirnya menyebabkan Tunku berundur dan digantikan denga Tun Abdul Razak.
“Suara mahasiswa adalah suara keramat!”



Dekad 80-an, penulis menceritakan sedikit mengenai kemasukan Anwar Ibrahim ke UMNO atas jemputan Dr Mahathir dan usai memenangai kerusi parlimen Permatang Pauh pada tahun 1982, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Kemasukan Anwar ke UMNO telah membawa kepada perpecahan Gerakan Mahasiswa Islam termasuklah ABIM sendiri yang kemudian terbahagi kepada beberapa kelompok.

Juga diselitkan kelahiran kelompok-kelompok baru di kampus seperti Voice of Islam di UK, pertubuhan Darul Arqam, Tabligh dan Generasi Haraki dan Fenomena Haji Hadi.

Disambung pula dengan cerita-cerita perjuangan mahasiswa-mahasiswa di kampus-kampus dalam memperjuangkan pelbagai isu. Antaranya isu Afganistan yang diserang dan membantah tindakan kejam Israel. Turut menarik perhatian adalah usaha membantah konsert-konsert yang ingin dianjurkan di universiti seperti konsert Sudirman, Sheila Majid. Headwind, Tina Turner dan paling menarik konsert kumpulan terkenal Scorpion dan konsert Raja Pop Micheal Jackson. Bantahan dikemukakan kerana keuntungan yang terhasil daripada konsert-konsert ini sangatlah kecil jika handak dibandingkan dengan maruah negara yang tergadai. Budaya kuning turut akan menular dalam kalangan pelajar-pelajar kampus.

Lain-lain yang turut diceritakan adalah gerakan terhadap isu purdah, pemecatan Lutfi Osman, serangan terhadap Libya dan isu pengangguran mahasiswa.

Persatuan Siswazah Kelantan telah menjalankan kajian dan didapati 76.4 peratus mahasiswa penganggur adalah penyokong parti bukan kerajaan dan cuma 2.6 peratus sahaja daripada mereka itu yang menyokong kerajaan.

Merakyatkan perjuangan menjadi tema penulis untuk dekad 90-an. Dimulakan dengan menceritakan sikap GAMIS yang selalu muncul dalam bantahan awam yang berkaitan umat islam dan merespon isu-isu tersebut, dalam atau luar negara.

Antara isu yang menarik adalah bantahan dalam isu Kerinchi Link yang ingin dibina pada ketika itu dengan merentasi Masjid ar-Rahman. Masjid tersebut tidak ubah peranannya seperti Masjid Uni. Tehran atau Masjid al-Azhar di Jakarta yang menjadi persinggahan mahasiswa serta aktif dengan kuliah-kuliah.

Bantahan dan demonstrasi diadakan beberapa kali pada hari Jumaat seperti pada 521 Feb 1999 mahasiswa berkumpul mengadakan demonstrasi bantahan. Usaha ini akhirnya didengari kerajaan dan plan asal Kerinchi Link telah diubah.

Seterusnya bermulalah era reformasi di bawah pimpinan Anwar Ibrahim. Berikut adlah antara butiran peristiharan;

Di alaf baru ini, kesuraman sangat terasa dengan pelbagai isu seperti peningkatan mendadak isu militansi agama yang menyaksikan  umat Islam berada di kandang orang salah. Kejadian 11 September yang  mencanangkan lagi kebencian kepada Islam. Budaya Hedonisme yang semakin menjadi-jadi juga tidak ketinggalan.

Ini membawa kepada kemerosotan gerakan mahasiswa awal alaf baru.

Ditambah pula dengan tekanan kerajaan yang bersungguh-sungguh dalam memastikan usaha “menghasut pelajar benci kerajaan” terhenti. Baik dari kalangan mahasiswa ataupun pensyarah. HEP yang sepatutnya membantu potensi pelajar pula menjadi perkakas politik pihak penguasa.

Kemudian ditambah lagi dengan budaya selesa pelajar dan pensyarah yang mana telah menyaksikan bermulanya tempoh-tempoh playsafe. Merasa lebih baik berdiam diri daripada bersifat ambil tahu akan isu-isu yang timbul agar selamat masa depan mereka di kampus. Bukan semua, tapi ada juga.

Peranan masyarkat dan media cukup penting juga dalam gerakan mahasiswa. Namun dalam dekad ini, masyarakat sudah tidak memandang mahasiswa sebagai istimewa kerana hampir setiap keluarga ada sekurang-kurangnya seorang anak yang menuntut di universiti berbanding dekad-dekad yang lalu. Kelompok mahasiswa yang besar ini telah menghilangkan aura “luar biasa” yang pernah ada dahulu. Manakala media pula kini menjadi riuh dengan laporan-laporan kegiatan mahasiswa yang menjurus kepada kemaksiatan. Jika dahulu, akhbar-akhbar melaporkan objektif kegiatan dan pendangan pemimpin pelajar sehingga masyarakat mengenali mereka sebagai golongan yang mampu membuat perubahan. Kini, yang muncul di dada-dada akhbar, di ruang-ruang utama kebanyakan berita gejala negetif mereka. Berbeza.



Apa yang dapat dilihat, ada jurang perbezaan yang ketara dalam gerakan mahasiswa kini dan gerakan mahasiswa pada dekad-dekad yang lalu.

Antara yang menyebabkan wujud jurang ini adalah perpecahan yang berlaku dalam kalangan mahasiswa sendiri. Ini yang menjadi punca utama kelemahan gerakan pelajar sehingga akhirnya momentum mulai lemah.

Jika dibandingkan, mahasiswa kini terdedah kepada pergaduhan dan perselisihan faham dengan lebih mudah. Masing-masing ingin mengutarakan pendapat tetapi ianya berlaku di belakang skrin, menggunakan keyboard tanpa perlu face to face. Ini menambahkan lagi rasa “berani” untuk memperjuangkan ideanya tanpa risiko besar dicemuh apabila ada yang tidak setuju. Sebenarnya ini melemahkan mahasiswa sendiri kerana kurangnya pendedahan terhadap realiti kehidupan yang sebenar.

Tanpa kemudahan yang ada di alaf baru ini, mahasiswa dekad yang lalu perlu turun dan berkumpul dalam usaha untuk menyampaikan idea-idea mereka. Pendedahan demi pendedahan telah membina kekuatan bukan sahaja kepada indiviu tetapi kepada kumpulan mereka. Ukhuwah dan persefahaman mereka bertambah kukuh. Sama-sama merasa.

Apapun, gerakan mahasiswa sepanjang kewujudannya telah memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan negara.


Moga lahir lebih banyak pemimpin dari denyut nadi rakyat.

You Might Also Like

1 comment:

  1. singgah & follow...byk info kat sini yg bermanfaat..

    ReplyDelete

Komen anda adalah di hargai :D

Powered by Blogger.