Can We Be Friends





"Masuk sini belajar elok-elok adik..."

"Baik mak..."

"Pilih kawan yang elok-elok. Jangan pilih kawan yang kaki ponteng kelas semua tu. Faham adik?"

"Faham pak..."


Setengah tahun hidup berjauhan tanpa pengawasan ibubapa, hidup di asrama semakin selesa. Jarang-jarang sekali pulang ke rumah untuk berjumpa orang tuanya. Mereka pula tiada mampu melawat selalu. Hidup orang susah memang begitu.

Selesai cuti, keputusan diketahui. Peperiksaan yang lalu apa terjadi?

"Maaf puan. Keputusan anak puan sangat tidak memberansangkan."

"Adik... Kenapa teruk sangat keputusan ni?"


"..."

"Cikgu... Ada sebab-sebab tertentu ke yang menyebabkan anak saya punya keputusan teruk sampai macam ni?"

"Encik, anak encik dalam kelas sentiasa tumpu perhatian. Tak banyak main. Tapi encik... Puan..."

"Dia ponteng kelas kan, cikgu?"

Tiada lagi dapat cikgu muda itu sembunyikan realiti sebenar.

"Ye encik... Beberapa minggu sebelum peperiksaan pertengahan tahun dia mula ponteng kelas."

"..."

Resah. Si anak muda kesayangan keluarga itu tidak senang duduk.

"Saya melihat semua ni berpunca daripada salah pilih kawan, puan. Sebab sebelum dia mula berkawan dengan kumpulan pelajar tertentu tu, keputusan ujian bulanan dia cukup memberansangkan."

"Adik, tak ingat ke mak pesan apa dulu?"

"..."


"Terima kasih cikgu. Kami minta diri dulu."


Sebenarnya, salah siapa dalam hal ni? 

"Adik" yang salah pilih kawan? 

Atau kawan yang mengajak "adik" ponteng kelas?

Rasulallah SAW pernah bersabda;

"Seseorang itu atas agama(perjalanan) rakannya, maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapa yang harus dipilih menjadi rakan."

Ingatlah adik, ibu berpesan. Pilihlah kawan yang membawa seindah jalan. Jalan yang kekal indah buat selamanya. Bukan sekadar angin berlalu cuma.

Bapa berpesan, kelas kau pergi. Hadirkan diri walau kau benci. Kerana di situ ada berkatnya. Hormati guru, pasti berjaya. 







Share:

0 comments

Komen anda adalah di hargai :D