Buka Minda : Jangan Cetekkan Pemikiranmu Wahai Sahabat


A : Ya Allah, apelah yg mamat tu dok buat duduk berdua ngan pompuan tu. Baik punya berlakon, konon buat kerja la. Memang calon anugerah skrin.
B : Mana ? Mana ? Leceh la hang ni. Tak payah bising2 la. Nanti kantoi la kita nak tangkap diorang.
A : Sori2. Low profile. Roger2.
C : Hish. Hangpa ni, relax la. Tengok betoi2 dulu naa. Mana tau kalu depa memang buat kerja. Ntah2 memang lecturer diorang bagi pair work laki-pompuan.




B : Laa. Classmate aku la. Memang lecturer bagi kerja pairing macam ni. Kesian die kene pairing dengan budak pompuan. Boleh jadi fitnah. 
C : Tu la aku dok habaq tadi, usha betoi2 dulu. Siasat dulu. Jangan tau nak tangkap je. 
BIAR SILAP MAAF, JANGAN SILAP HUKUM.

Pasti "scene" diatas pernah terjadi dalam hidup kita. Scene diatas merupakan contoh dimana 3 orang sahabat yang ingin mencegah pasangan bercouple yang duduk berduaan. "A" begitu teruja apabila berjaya menjumpai satu pasangan. "B" tanpa berfikir panjang terus mengingatkan "A" supaya diam agar usaha mereka tidak dikesan. Manakala "C" lebih berfikir panjang dengan mengingatkan sahabatnya supaya memerhati dan menyiasat dahulu pasangan tersebut. 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Dalam usaha kita untuk mengamalkan sunnah Rasulallah iaitu AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR mesti kita tidak pernah terlepas dari situasi sebegini dimana kita begitu teruja untuk mencari mangsa sehingga kita terlupa yang sebenarnya kita ini sedang berusaha untuk mencegah dan bukannya berusaha untuk mencari mangsa. 


Terdapat beberapa perkara yang boleh dirumuskan dari "scene" diatas dan selayaknya dijadikan iktibar oleh kita semua. Lebih-lebih lagi pemuda dan pemudi yang begitu giat menyampaikan mesej dakwah pada hari ini. 

1. Jangan cepat menghukum
Daripada "scene" diatas sikap "A" yang begitu teruja apabila terjumpa pasangan tersebut sementelah menghukum mereka dengan mengatakan mereka adalah pasangan yang sedang berdating. Ini adalah satu sikap yang seharusnya di hakis dari hati sanubari seorang manusia lagi2 seorang pemuda, seorang pemudi bergelar dai'e. Jika sifat negatif ini terus bermaharajalela dalam diri seorang dai'e makanya imej dan mesej Islam yang dibawa akan dipandang serong oleh masyarakat. 

2. Semaikan sifat sabar
Dapat dilihat dengan jelasnya, "C" begitu sabar dan berhati-hati dalam mengambil tindakan. Bukan sahaja dalam mengambil tindakan bahkan untuk menghukum "C" begitu sabar dengan meminta sahabatnya menyiasat terlebih dahulu pasangan tersebut dan bukannya sewenang-wenangnya menghukum. Sabar itu merupakan perisai yang paling ampuh bagi seorang mukmin apatah lagi untuk seorang dai'e muda.

3. Bersangka baik
Hal ini ada kaitannya dengan point, -Jangan cepat menghukum- dimana sebagai seorang manusia adalah menjadi satu keperluan buat kita untuk cuba bersangka baik dalam kehidupan kita seharian. Selain dari bersangka baik dengan Allah, kita seharusnya bersangka baik dengan manusia. Ini adalah sangat penting agar hubungan kita sesama manusia dapat di jaga selain dari kita menjaga hubungan dengan pencipta kita. Dari "scene" diatas, tindakan "C" adalah merupakan salah satu contoh bagaimana kita bersangka baik dengan manusia. 



BIAR TERSILAP MAAF, JANGAN TERSILAP HUKUM

Menjadi baik memang tiada jalan pintasnya. Dalam kita melangkah, terkadang kita tersadung, jatuh dan terluka. Tidak kurang tomahan dan fitnah yang kedengaran. Ini semua asam garam kehidupan yang terpaksa dilalui kita semua dalam mencari redha Ilahi. Kenangilah perjuangan utusan-utusan Allah, pasti akan termotivasi.

-Syabab Al-Adin-



-doakan suatu hari nanti, insyaaIIah aku dapat bertemu dengan IM Hassan- =)

Share:

0 comments

Komen anda adalah di hargai :D