UNTUK GADIS-GADIS
Azan solat jumaat sudah sampai ke hujung. Sepatutnya ketika
ini kaum adam sudah pun berada di masjid-masjid bersedia untuk beribadah. Tapi
bukan itu yang berlaku hari itu.
“Zaidi! Kau tak nak pergi solat jumaat ke? Dah azan dah ni.”
jerit Khai dari luar rumah. Dia sudah bersedia di atas motornya.
“Kejap la, nak pakai serban ni.” jawab Zaidi sambil berlari-lari anak ke pintu depan rumah.
“Kalau nak pakai serban, lain kali pukul satu siap-siap mandi dah. Bukannya dah masuk waktu baru berlari nak mandi!”
“Kau ni, bab berleter nombor satu.” balas Zaidi denan yakinnya.
“Ini sunnah ni. Ikut nabi. Bukan macam kau, setakat ketayap seringgit lima kupang Ustaz Azhar tu apa lah sangat.” tambah Zaidi lagi secukup rasa.
“Amboi kau, sentap!” Khai hanya mampu menggeleng kepalanya mendengar kata-kata Zaidi.
Selesai memakai serban, Zaidi mengeluarkan sesuatu daripada poket jubahnya.
“Dah kenapa pulak bawak keluar handphone tu?”
“Kejap-kejap.” Zaidi berbasi-basi.
“Hish! Minggu depan kau lambat, jalan kaki. Dah tau tumpang motor aku, cepatlah sikit.” leter Khai lagi. Memang dia sudah tak tahan dengan perangai Zaidi.
“Okay, satu lagi. Kejap bro. Last one.”
“Ya Allah, apa benda pulak kau buat ni?” sergah Khai apabila melihat Zaidi berposing depan cermin pintu sliding door rumah mereka.
“Selfie untuk gadis-gadis.”
“Astagfirullah.”
Tags:
menjadi sahabat
0 comments
Komen anda adalah di hargai :D