ANJING KE MANUSIA?

Malam yang lepas, sedang aku bersedia nak melelapkan mata tiba-tiba bekalan elektrik terputus. Aku tidaklah kaget bahkan aku kekal tenang membawa diri ke pintu depan rumah untuk mengambil angin. Aku memang dapat agak dan nak blackout sebab sehari sebelum tu pon dan blackout sekali. Sebelum blackout malam tu pon dah ada tanda-tandanya.

Aku memang jenis susah nak tidur kalau dalam keadaan yang panas. Jadi aku pon duduklah di depan rumah, menikmati angin malam yang membeku.

Cahaya bulan menyinari seluruh taman perumahan aku. Cantik sungguh. Memang tuhan sengaja mahu memberi aku ruang menikmati rahmat kekuasaanya. Mengambil ibrah. Nikmat dunia.

Memang nikmat. Tapi yang menjadikan kenikmatan itu terganggu adalah nyalakan anjing-anjing jiran aku. Ya. Anjing-anjing. Maksudnya bukan seekor. Mungkin dua atau lebih.

Sudahlah menyalak tak henti, bersahut-sahutan pula. Potong stim!

Tiba-tiba ada pula manusia mana entah jerit "Oii anjing, diamlah!".

Ini lagi mengganggu aku. Dia ni anjing ke manusia? 

Adakah dia mengharapkan atau menyangka anjing-anjing yang menyalak tu fahami jeritan dia yang tak berasas tu?

Hairan.

Akal ada tapi tindakan serupa haiwan.

Share:

0 comments

Komen anda adalah di hargai :D