TUHAN
TUHAN by Hasrul Rizwan
My rating: 3 of 5 stars
Keterujaan membaca Murtad adalah antara faktor kenapa Tuhan di sambar ketika pesta buku. Tidak dapat tidak, aku memang mengharapkan satu sekuel yang hebat tentang kisah hidup Adam dan Akhil dalam novel Tuhan.
Malangnya, penulis punya idea tersendiri. Well, it’s his book.
Di awal novel, kisah zombie dan bagaimana Profesor Rahman menyelamatkan Joe dan Sarah boleh dikatakan part yang agak menarik. Teruja membacanya sehinggalah ke bahagian Joe terjaga dari inkubatornya dan melarikan diri sehingga ke rumah Ben.
Selepas itu bagi aku, plotnya rata sahaja. Flat. Kurang menyengat walaupun idea-idea sci-finya sangat menarik seperti klon, burung yang bergabung menjadi sayap di badan Borga dan Joe, mesin masa dan lain-lain.
Mungkin kerana aku mengharapkan sambungan kisah Adam dan Akhil, menjadikan aku kurang berminat dengan the sci-fi part of the story.
Watak Joe, Ben dan Sarah, perkaitannya okay. What happened between them, I am okay with it.
Don’t get me wrong, it’s a good story. Superbly written on some parts, but as I said it didn’t catch my attention.
Sehinggalah masuk semula ke cerita Adam dan Akhil semula, aku kembali ketemu harapan.
Nampak gayanya ada sambungan seterusnya berkenaan bagaimana Adam dan Akhil bersedia untuk menyelamatkan masa depan mereka hasil bantuan dari “Joe Masa Hadapan”.
Pesanan, lower your expectation next time.
View all my reviews
0 comments
Komen anda adalah di hargai :D