Aku Suka Power Rangers, Sayang Barney
Aku ingat lagi setiap hujung minggu, jam 5.30 petang pasti aku terpacak depan television menanti siaran Power Rangers. Pelbagai siri aku ikut yang aku tak ingat nama-namanya.
Koleksi video tape kartun Barney pula boleh tahan juga
banyaknya.
Dragonball memang jarang aku terlepas.
Membaca salah satu sub-topik dalam buku Aku Terima Nikahnya
tulisan Ustaz Hasrizal telah menyedarkan betapa ketika kanak-kanak dahulu watak
kartun menjadi pujaan bukan semata-mata kerana ia adalah norma kanak-kanak
tetapi kerana ada nilai emosi dan psikologi dalam watak-watak
tersebut.
Power Rangers yang lincah dan menang setiap pertarungan
ditambah dengan warna-warna terang kuat mempengaruhi minda kanak-kanak.
Watak Ultraman yang sentiasa ada ketika dilanda musibah, “man
of actions” dan bukannya beraksi melalui leteran.
Dinasor ungu, Barney yang sentiasa lembut, memberi kasih
sayang dan pandai mengambil hati.
Doraemon, semangat setiakawan yang tinggi.
Kanak-kanak belajar dengan meniru aksi dan tindakan orang
yang terdekat dengan mereka.
Ustaz Hasrizal berkata dalam bukunya bahawa watak-watak ini
berkualiti dalam menonjolkan nilai-nilai psikologi dan emosi yang positif melalui
tindakan dan bukannya leteran.
Dikala ibu dan bapa sibuk bekerja, watak-watak ini yang
menjadi role-model mereka.
Nilai-nilai positif dalam watak-watak ini kadang-kala tiada
dalam diri ibu bapa mereka. Ibu bapa pulang dari kerja kepenatan, kadang-kadang
senyum pun kurang pada anak-anak bila penat. Bila anak-anak mahukan perhatian
dibalasnya acuh tak acuh.
Kadang-kadang akibat
stress di tempat kerja, ibu bapa bergaduh di rumah. Yang menjadi saksi adalah
anak-anak.
Tetapi jiwa anak-anak yang suci ini menjumpai nilai positif
seperti kasih sayang, kerjasama, tidak berputus asa dalam watak kartun-kartun
ini. Watak-watak kartun nyata lebih dekat di hati mereka berbanding ibu bapa sendiri.
Maka apabila anak-anak cenderung melayan kartun daripada
memberi respon kepada ibu bapa, jangan pula anak-anak yang disalahkan.
Hakikatnya, watak-watak hero kartun ini telah berjaya menewaskan ibu bapa tanpa bertanding pun. Mereka meraih CINTA anak-anak takala ibu bapa terlepas pandang.
Apabila CINTA anak kecil itu lebih berat kepada watak
fiksyen berbanding pelindung sebenar mereka, jangan la pula disekat dan
dihalang mereka daripada terus mencintai.
Ini kerana ia akan membawa kepada jenayah lain pula apabila
mereka curi-curi menonton hero mereka di kaca TV.
Soalnya sekarang bukan siapa yang bersalah, (walaupun jelas
dan nyata sudah) tetapi apakah yang dapat dilakukan untuk memenangi CINTA
anak-anak semula daripada Power Rangers dan Barney.
Kualiti masa bersama. Bagi aku, itulah jawapannya.
Waktu kecil CINTAkan Power Rangers dan Barney menggantikan ibu bapa.
Remaja nanti entah apa pula yang menjadi teman CINTAnya.
Rawat sebelum parah. Sakit ini sudah lama menular dan semakin membarah.
Kenapa terjadi?
Bagaimana nak diatasi?
Bila nak lakukannya?
Tags:
Menjadi bapa
0 comments
Komen anda adalah di hargai :D