2016 - Media Sosial yang Lebih Baik [Part 1]
Bila lihat/baca cerita di media sosial, siasatlah dahulu kesahihannya sebelum berkongsi dengan rakan-rakan. Bertenang dan ambillah masa untuk berfikir dahulu, apa ianya benar atau tidak.
Masalah penyebaran berita tak sahih di laman sosial ni dah jadi satu penyakit. Pantang kita nampak benda yang elok sikit, menarik ataupun 'ada market', terus saja kita kongsikan.
Elok tak semestinya betul.
Menarik tak semestinya bagus.
Ada market tak semestinya ada moral.

Tak kisahlah tentang konspirasi negara ke, tentang gosip artis ke atau tentang kematian individu. Lebih baik bertenang dan siasat dahulu sebelum kita sambereno sebarkan cerita-cerita ni.
Pernah lihat ada yang kongsikan berita kematian selebriti ni. Selebriti tu dah meninggal tahun lepas pun. Mungkin dia baru ternampak berita tu, jadi dia pun naikkan status di Facebook siap dengan kenyataan lagi.
Nama sekian-sekian.
Meninggal pada tarikh sekian(hari yang di naikkan status).
Al-Fatihah.
Padahal arwah tahun lepas dah selamat dikebumikan. Allah. Lepas tu tak ada pula yang nak tegur.
Kalau ianya berkenaan hadis Nabi, janganlah buat main. Berhati-hati jangan sampai kita berdusta atas nama Nabi.
Baca sini.
Nabi kata dalam satu hadis mutawatir:
“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”.
Allahu.

Masa di facebook, terlihat gambar yang ada tulisan "Nabi pernah bersabda; ibu mengandung yang makan tembikai anaknya akan jadi bijak pandai."
Lebih kurang macam tu bunyinya.
Tapi sebenarnya hadis tu tak benar pun. *rujuk gambar*
Entah berapa ramai dah kongsikan gambar dengan hadis palsu tu. Entah berapa ramai dah dapat saham secara tak langsung. Begitulah bahayanya sikap tak berhati-hati ni.
Jadi selepas ni, bertenanglah dahulu bila baca apa-apa berita, fakta atau perkongsian di laman sosial.
Aku sendiri pun makin takut nak kongsi-kongsi benda kat laman sosial ni. Entah saham apa yang tiba-tiba kita boleh dapat secara tak langsung. Kalau sahamnya baik, takpalah. Kita untung. Kalau sahamnya tak elok, nauzubillah.

Semoga kita menjadi lebih baik.
"Before you speak, let your words pass through three gates.
At the first gate, ask yourself, ‘Is it true?’
At the second ask, ‘Is it necessary?’
At the third gate ask ‘Is it kind?"
0 comments
Komen anda adalah di hargai :D