Kisah Bersabar dan Ganjarannya
Kisah aku tertinggal IC semalam tidaklah berakhir dengan kekecewaan pun.
Sesuatu yang baik berlaku selepas tu bila aku ke pos laju. Aku masuk dan ambil nombor giliran. 290. Nombor di skrin masa tu - 1274. 16 orang lagi, baru tiba giliran aku. Boleh tahan lama juga.
Memandangkan dalam pejabat pos laju yang tak berapa besar tu sesak bukan main, jadi aku lepaklah di luar. Tak sampai 5 minit lepas tu ada brader ni keluar dan tegur aku.
"Nak masuk ke? Nah ambik nombor ni."
Kata dia sambil hulurkan kertas nombor giliran dia. Entah kenapa tangan aku automatik je amnl kertas yang dia hulur tu.
"Eh. Saya dah ada nombor, bang."
Brader tu, lepas hulur kertas nombor giliran buat tak peduli je ke apa yang aku cakap. Kaget aku masa tu. Tiba-tiba je hulur. Bila aku tengok kertas tu, nombor dia 1279. Lagi cepat daripada nombor aku 1290 tu. Jadi aku masuk ke dalam, nombor di skrin sekarang - 1277. Kejap je selesai terus urusan aku di pos laju.
Ini satu bentuk rezeki yang tak disangka-sangka. Orang lain mungkin kena tunggu 30 minit sebelum tiba giliran diorang. Ada yang kena tunggu lebih lama. Tapi aku, tak sampai 15 minit selesai dah urusan aku hari tu.
Jadi, hari yang penuh dengan dugaan semalam (urusan aku di PTPTN sebelum ke JPN boleh tahan payah juga), berakhir dengan baik. Mungkin ini satu bentuk ganjaran/balasan setelah bersabar dengan dugaan sepanjang hari. Alhamdulillah.
Allah berfirman Dia akan bagi cubaan, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta dan jiwa, dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang bersabar.
Nak kata, dugaan dalam hidup ni memang banyak. Ia akan datang dan jarang-jarang kita dapat elak. Tapi sebagai insan, seharusnya kita lebih tenang dan bersabar bila dihadapkan dengan kepayahan.
Nikmat bagi yang bersabar ni, banyak. Salah satunya adalah ketenangan jiwa. Takda serabut-serabut fikiran bila dalam kesusahan. Sebaliknya tumpuan diberikan kepada mencari jalan penyelesaian.
Selepas ribut dan guruh, akhirnya pelangi akan muncul juga, kan?
Hasnul Adin
Tengan Menahan Sebu dan Medu
Tags:
About Me
2 comments
saya pernah ada orang offer nombor masa kat JPJ, kira nak sebarkan kebaikan saya pun offer pulak nombor sy kat orang. to my surprise, budak tu taknak terima hahahaha. sy pernah kongsikan kat sini http://www.hanisamanina.com/2015/07/kisah-di-jpj-kota-bharu.html
ReplyDeletehanisamanina.com
Yeah, maybe next time kena offer juga nombor pada orang. Great one. Thanks. :D
DeleteKomen anda adalah di hargai :D