ANAK LELAKI; BERJALANLAH DENGAN IBU

Beberapa hari lepas, aku dan keluarga ke Mydin Meru untuk membeli barangan keperluan adik lelaki aku yang akan mendaftar politeknik.

Ayah dan adik lelaki aku bergerak ke bahagian pakaian lelaki. Mencari boxer baru, seluar slack dan tali pinggang. Kot.

Aku? Aku ikut mak aku berjalan-jalan ke bahagian-bahagian lain. Bahagian perkakas, bahagian pewangi dan semestinya bahagian pakaian wanita. Pakaian ya. Pakaian sahaja. Bukan yang dalam-dalaman tu. *angkat sebelah kening*

Kalau sekadar berjalan ke bahagian pakaian wanita aku tak ada masalah. Tapi bila mak mula nak mendekati pakaian-pakaian yang terpamer, cepat-cepat aku tarik mak. Menjauhkan beliau daripada ‘magnet’ wanita tu.

Mana tidaknya. Berdasarkan pengalaman lalu, kalau sekali singgah maka bersedialah untuk menunggu dan terpacak di menanti sehingga selesai urusan membelek dan meneliti baju-baju. Membelek je, bukan beli pun. *sengih senget*

Sebab itulah aku kalau di pusat membeli belah yang besar ni, akan berjalan dengan mak. Aku pegang tangan mak. Tak lepas punya. Lantaklah orang nak kata. Nampak sweet pun ada. Naik saham. *senyum tiga*

Sebenarnya mana-mana anak lelaki yang ikut keluarga ke pusat beli belah, sebaiknya berjalanlah dengan ibu anda. Bukan apa, bolehlah jaga keselamatan ibu anda. Takut ada pervert tua yang menggatal pula kan, nak ngorat. Yelah, mak kita kan cantik menawan. *senyum dua :3*

Ia juga ekonomik. Dapatlah kita kawal ibu kita daripada membeli barang(mostly pakaian) yang tidak perlu tu. Duit yang terselamat daripada di belanja untuk membeli baju-baju(kalau nak beli) tu, besar kemungkinan akan jatuh ke tangan kita. *Wohaaa* *smart eh? ^^*

Kita anak lelaki ni, suatu hari nanti akan punya isteri. Nak biar isteri kat rumah saja tak boleh juga. Kena bawa keluar membeli belah, cuci mata dan tengok dunia. Lagi-lagi dapat yang jenis yang kuat membeli belah, seminggu sekali nak ke Mydin. Jadi inilah medan latihan buat anda! Kalau anda dapat menahan ibu anda daripada asyik ke kedai pakaian, asyik nak membeli kain je, percayalah anda akan berjaya juga saat beristeri nanti! *gelak guling-guling*



Sekain!

Eh? *gelak tutup mulut*


Sekian. Hehehe.


Share:

2 comments

  1. eh sekali sekala ibu nak jugak cuci mata tapi betol la. setakat tengok2 ja tak beli pon xpa. itu lah perempuan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuci mata tak salah. Tapi... :3

      Betul la tu, yang penting temankan mak tu. Jangan biar dia jalan sorang2 dlm mall. Bhy. ;) hehe

      Delete

Komen anda adalah di hargai :D