Bayaran Kehidupan #2

1:14 AM Hasnul Adin 0 Comments


Matahari semakin memunculkan diri menandakan pagi telah tiba. Sejak sebelum subuh lagi tahanan-tahanan The Black Factory sudah dikejutkan dari tidur mereka. Mereka  akan dikerahkan untuk tugas di bahagian masing-masing. Hari ini genaplah sudah seratus hari sejak hari pertama Rudie dihantar ke sini untuk melangsaikan hutang kehidupannya dan juga hukumannya.

               “Kemana arah tuju?” kereta yang dinaiki mereka berhenti apabila tiba di roadblock. Seorang pegawai polis mendekati tingkap pemandu dan bertanyakan sesuatu.

               “Kami nak ke dataran.” Hakimi yang memandu kereta tersebut menjawab soalan pegawai polis tersebut dengan mesra.

               “Dataran mana?”

               “Dataran yang ada bunga api tu, tuan. Kawan kami, Arif ni memang suka tengok bunga api.”

               “Oh. Baiklah.”

               “Kejap. Maaf ya. Saya minta kerjasama kamu untuk hentikan kenderaan di tepi sana tu.” datang seorang lagi pegawai  mendekati mereka. Yang satu ini, tidak kelihatan seperti seorang anggota polis. Dia berpakaian formal. Berbaju kemeja dan bertali leher. Ditangan kanannya ada sebuah fail berwarna coklat.

               “Kenapa ya?” soal Hakimi ragu-ragu.

               “Nanti kami beritahu kenapa. Tolong ya. Hentikan kereta kamu di sana.” pegawai polis itu meminta mereka dengan nada yang tegas.

               “Baik. Baik…” mereka akur akan kehendak pegawai berkenaan.

               Hakimi mematikan enjin kereta dan mereka semua keluar daripada kereta apabila diminta. Arif dan Naim kelihatan gelisah ketika ini. Mana tidaknya. Tiba-tiba sahaja mereka ditahan polis. Manakala Hakimi dan Rudie pula sedang membincangkan sesuatu. Kemudian Hakimi mengeluarkan telefon bimbitnya dan mula menaip.

               Dua pegawai yang menahan mereka tadi sedang berbincang sebelum yang berbaju kemeja tadi mendekati mereka.

               “Kamu Shah Rudie Bin Hazamin?” soal pegawai berkenaan.

               “Ya saya. Saya Rudie.” jawap Rudie yakin.

               “Kamu pula, Nor Hakimi Bin Mohamad Khairi” soal pegawai itu sambil menunding pada Hakimi.
               “Ya. Betullah tu.”

               “Saya mendapat arahan untuk menahan awak berdua. Jadi saya minta awak berdua untuk bertenang dan berikan kerjasama pada kami. Saya hanya mengikut arahan yang diberi. Kalau awak berdua beri kerjasama, saya jamin urusan kita akan selesai dengan mudah.” jelas pegawai berkenaan sambil menunjukkan gambar Hakimi dan Rudie yang berada di dalam fail.

               “Atas sebab apa kami ditahan?” Rudie membentak. Nyata dia sangat tidak berpuas hati dengan apa yang sedang terjadi.

               “Seperti yang saya katakan sebentar tadi. Saya hanya mengikut arahan. Sila beri kerjasama. Dua orang pegawai ini akan membawa awak berdua ke pejabat kami.” dua orang pegawai berpakaian seperti pegawai yang menahan mereka tadi datang untuk membawa Hakimi dan Rudie pergi.

               “Sabar Rudie. Tenang. Kita tengok apa jadi lepas ni.” Hakimi cuba menenangkan keadaan.

               “Kejap. Kami macam mana?” tiba-tiba Arif bersuara.

               “Kereta ni macam mana? Kami tak boleh drive.” sambung Naim pula.

               “Awak berdua pun nak ikut ke?”

               “Err…”

               “Kalau begitu, sila diam dan biarkan kami dengan kerja kami. Bawa mereka berdua.” lantas dua orang pegawai tadi membawa Hakimi dan Rudie ke dalam kereta peronda.

               Terdiam Arif dan Naim. Tidak ada apa yang boleh mereka lakukan ketika ini. Mereka tahu, kekasaran tidak akan menyelesaikan apa-apa. Lagipun, mereka tak berani seperti rakan mereka Hakimi dan Rudie.

Pada malam itu, Hakimi dan Rudie dibawa ke Pit atas selepas ditahan semasa roadblock. Rancangan mereka untuk ke dataran malam itu tidak kesampaian. Hasrat untuk berkumpul bersama sahabat-sahabat seperjuangan dalam usaha membantah kekejaman kepimpinan negara pada malam tahun baru kini sudah lebur. Rudie tahu dia akan dibawa ke Pit walaupun pegawai yang menahannya mengatakan akan menghantarnya ke pejabat mereka. Dia tidak peduli kemana pun dia dibawa. Yang penting rakan-rakannya tahu. Itu sebabnya awal-awal lagi dia minta Hakimi menghantar pesanan ringkas untuk maklumkan pada sahabat-sahabat mereka yang lain.

               Kini Rudie di letakkan dalam bilik tahanan. Dia di suruh duduk disitu sehingga diberitahu. Maka duduklah dia disitu, menanti bila agaknya dia akan dikunjungi pegawai yang akan menjelaskan kenapa dia di sini.
               “Encik Rudie… Saya Athena. Peguam Pit. Sila duduk.” tiba-tiba masuk seorang wanita memperkenalkan diri.

               “Kenapa saya disini?” belum sempat Athena berkata apa-apa, Rudie sudah menerkam dengan pertanyaan.

               “Sabar Encik Rudie. Bertenang. Saya akan jelaskan satu persatu.”
               “…”

               “Okay. Baiklah. Encik Shah Rudie Bin Hazamin, kan?”
               “Ya. Sayalah tu.”

               “Anda ditahan di sini kerana anda disyaki menyebarkan fitnah terhadap kepimpinan negara dan juga disyaki menghasut rakyat melawan kepimpinan.”

               “Huh?”

               “Kenapa Encik Rudie? Saya salah cakap ke?”

               “… Bila?”

               “Encik Rudie boleh lihat di sini.” Athena menunjukkan fail yang dibawanya sebentar tadi. Di menunjukkan screen shot daripada status facebook dan twitter Rudie.

               “Sebab ini je saya kena tahan sini?”

               “Ya. Dan juga sebab-sebab lain yang kami rasa adalah terbaik untuk kami diamkan buat masa ini.”

               “Takkan sebab ni je saya ditahan? Undang-undang mana kamu pakai ni?”

               “Encik Rudie dah lupa? Lepas tamatkan pengajian di universiti dulu, awak telah tandatangani perjanjian graduan. Di dalam perjanjian itu, pada perkara 6.1 ada dinyatakan bahawa sebarang provokasi dan cubaan untuk melawan pihak pimpinan boleh menyebabkan awak dibawa ke muka pengadilan.”

               “…”

               “Encik Rudie? Awak mengaku bersalah dalam hal ini?”

               “…”

               “Baiklah. Mengaku atau tidak, awak telah didapati bersalah dalam hal ini. Oleh kerana itu, awak akan dibawa ke The Black Factory untuk menjalani hukuman anda.”

               “Perbicaraan?”

               “Awak sudah didapati bersalah. Cukup sampai di sini. Saya minta diri.”

               “Cik Athena, berapa lama hukuman saya?”

               “Itu saya tak tahu. Itu bukan masalah saya. Kerja saya hanyalah memaklumkan pada awak apa kesalahan awak dan apa yang akan terjadi pada awak seterusnya. Encik Rudie, selamat berjaya di The Black Factory. Berehatlah dulu malam ni. Esok awak akan dibawa ke sana.”

               “…”

Terdiam Rudie ketika ini. Apa pun yang dia lakukan, dia tahu dia tidak boleh terlepas daripada malapetaka yang terjadi ketika ini. Dari dalam bilik tahanan dia mendengar bunyi bunga api menandakan sudah masuk tahun baru. Kini dia hanya perlu menunggu pagi menjelma dimana dia akan di bawa ke The Black Factory.
Pintu bilik Rudie diketuk dari luar. Seorang lelaki separuh umur muncul bersama tuala di bahu dan sebatang rokok terselih di telinga.

               “Rudie, bangunlah. Dah pagi dah ni.”

               “Aku bangun dah Boss. Dah mandi dah pun. Terima kasih.”

               “Oh. Okay. Aku mandi dulu.” kata lelaki yang dikenali sebagai Boss itu sebelum menambah “Rudie, selamat hari ke seratus.” Lelaki itu tersenyum sebelum berlalu meninggalkan bilik Rudie. Rudie hanya tersenyum mendengar ucapan Boss. Memang sejak dia di sini, dia rapat dengan Boss yang sudah berusia itu. 

Dia lebih senang duduk dalam kalangan mereka yang berumur. Dia mahu menyerap sebarang ilmu kehidupan yang boleh dia dapati daripada mereka-mereka yang lebih berusia daripada dirinya. Kematangan dan kematangan mereka dalam menempuh kehidupan sangat berharga bagi Rudie.

Rudie masih ingat lagi sewaktu dia mula-mula tiba di The Black Factory. Orang pertama yang menegurnya adalah Boss dan mereka-mereka yang rapat dengan Boss.     

               “Kau pernah sampai The Black Factory, Kimi?” sengaja Rudie bertanya soalan itu pada Hakimi. Mahu memecah kesunyian di dalam van yang sedang menuju The Black Factory.

               “Belum. Ini baru nak tengok dengan mata sendiri.” jawap Hakimi selamba.

               “Okay. Turun semua. Kita dah sampai.” perintah seorang pegawai sebaik sahaja van berhenti.

               “Besar betul. Berapa tingkat ni?” Rudie sekadar bertanya. Tidak mengharapkan jawapan.

               “Kamu! Berbaris di sini. Kami nak semak ID dahulu sebelum masuk ke dalam.” seorang pegawai mengarahkan mereka berbaris.

Pintu hadapan bangunan setinggi dua puluh tingkat itu dibuka dari dalam. Seorang lelaki berbaju kemeja kemas keluar untuk menyambut mereka.

               “Selamat datang ke The Black Factory semua! Nama aku Sam. Aku pegawai tertinggi The Black Factory dan menjadi tugas aku untuk menyampaikan jutaan tahniah pada kamu semua kerana berjaya ke sini. Tahniah!” kata-kata perli yang keluar dari mulut Sam di sambung dengan ketawa beberapa orang pengawal di situ.

               “Baiklah, selepas ini kamu akan di tempatkan di bahagian masing-masing. Sebelum itu, kamu semua akan ke stor untuk ambil pakaian dan keperluan kamu untuk tinggal di sini. Jangan risau, semuanya kami sediakan. It will be just like home.” sambung Sam lagi.

               Selesai menyemak ID setiap tahanan, mereka semua di arahkan untuk masuk ke dalam untuk ke stor.

               “Oh. Tunggu dulu. Hakimi, mari sini.” belum sempat mereka masuk, Sam mencelah.

               “Aku ingatkan kau dah lupa.” Hakimi bergerak ke arah Sam. Sam mengeluarkan segugus kunci dan membuka gari di tangan Hakimi.

               “Apa ni? Kimi? Kau kenal dia ni?”apa yang sedang berlaku sekarang ini mendatangkan tanda tanya pada Rudie. Kenapa pula Hakimi dibebaskan? Siapa Hakimi sebenarnya?

               “Well Rudie, Encik Hakimi ni, you can call him, our special force. Perisiklah lebih kurang. Untuk memudahkan kerja kami dalam menangani pemberontak-pemberontak seperti kamu semua ni. Lagi-lagi yang highly wanted macam kamu, Rudie.” jelas Sam.

               “Jangan terkejut sangatlah Rudie. It’s just good business, bro.” ketawa Hakimi.

Sungguh Rudie tak sangka, Hakimi yang bersama dia selama ini berpaling tadah. Menjadi musuh dalam selimut. Menikam dia dari belakang. Patutlah semasa ditahan, Hakimi menyuruh dia bertenang. Rupanya memang ianya sudah dirancang. Penangkapan mereka memang sudah mereka aturkan dengan pertolongan Hakimi sebagai sumber informasi.

Sejak dari hari itu, dia menjadi penghuni The Black Factory. Kilang yang mengerah tenaga manusia pembelot sepertinya. Dan pagi ini, seperti pagi sembilan puluh sembilan hari yang lalu, tenaganya akan dikerah di sini. Untuk memastikan negara ini kekal hidup.


              
              
              




You Might Also Like

0 comments:

Komen anda adalah di hargai :D

Powered by Blogger.