Henset Shah berbunyi.
Hanif: Aku depan bilik kau nie. Kau kat mana?
Shah: Sorry bro. Aku ade hal la. Kene gi dewan pelajar.
Hanif: [Geram] Kau suruh aku datang, lepas tu kau keluar. Terima kasih kawanku.
Shah: [Gelak kecil] Relax bro, small problem. Kau tunggu je situ. Kejap lagi roomate aku sampai la. Dia gi masjid tadi.
Hanif: Ok. Fine.
5 minit berlalu...
Aizat: Assalamualaikum warahmatullah.
Hanif: Waalaikumussalam.
Mereka bersalam. Hanif terkejut melihat penampilan Aizat yang berjubah.
Aizat: Hanif kan? Saya Aizat. Panggil saya Jat.
Hanif: Ye saya. Panggil saya Anip. Shah kata awak boleh ajar saya main gitar.
Aizat tersenyum.
Aizat: Insyaallah, tak ada masalah. Maaflah kalau lama tunggu. Saya dari masjid tadi.
Hanif: Saya orait je. Tak ada la lama sangat tunggu.
Aizat menjemput Hanif masuk ke biliknya.
Hanif: Wah, kemas betul bilik korang.
Aizat: Biasa je. Janji bersih. Bila dah bersih barulah nampak kemas dan teraturnya.
Hanif: Ini gitar awak Jat? Boleh tengok?
Aizat: Boleh. Silakan. Tunggu jap, saya nak tukar baju.
Hanif membelek gitar Aizat. Sebuah gitar akustik berwarna hitam. Bersaiz sederhana. Dia sendiri tidak arif tentang gitar. Baginya semua gitar sama saja. Yang penting irama yang terhasil sedap didengari.
Aizat: Orait, dah ready?
Hanif: Boleh je. Jom.
Aizat: Ok. First sekali kena tahu tentang...
Waktu Maghrib hampir menjengah..
Aizat: Anip, dah nak maghrib ni. Kita solat dulu. Jom ke masjid.
Hanif: Erm. Takpe, awak pergilah. Lagipun malam ni ada group discussion. So, nak balik mandi dulu.
Aizat tersenyum mendengar jawapan Hanif.
Hanif: Bila boleh ajar lagi ye?
Aizat: Petang Sabtu depan, tapi awak datang sebelum asar. Dalam jam 4 petang. Boleh?
Hanif: Ok. Jumpa minggu depan.
Aizat: Insyaallah. Assalamualaikum.
Hanif berlalu meninggalkan Aizat.
-------------------------------------------------------------------------------
Aizat: Hari ni kita pegi studio. Kat sana ada gitar lebih, so senang la nak ajar sambil main.
Hanif: Cantik sangat la tu. Jom.
Di studio...
Hanif: Wahh, boleh tahan studio ni.
Aizat: Kecil je ni. Studio kat luar sana lagi besar. First time ke Anip?
Hanif angguk menjawab soal Aizat.
Hanif: [Dalam hati] Ohh ade orang lain rupanya.
Aizat: Anip, kenalkan ni kawan-kawan saya. Yang ini Jo, Don, Fiq dan Ijam.
Masing-masing memperkenalkan diri dan bersalam dengan Hanif.
Don: Kau la yang nak sangat belajar main gitar tu? Amacam, susah tak?
Hanif: Ok la setakat ni. Cikgu saya hebat.
Mereka semua memandang Aizat. Masing-masing tersenyum. Jo menggeleng kepala.
Jo: Jat ni memang hebat. Legend.
Fiq: Suruh je main lagu ape pon, gerenti terbaik punyalah.
Aizat: Banyak la ko punya legend. Cap ayam je. Tu, Don tu yang paling senior. Dia la legend.
Ijam: Dah la merepeknya. Memang datang studio nak sembang pon. Buang masa aku je. Esok, lusa boleh sembang, masa tu bawak sekali coki-coki.
Don: Orait, lagu ape hari ni?
Don lekas memotong sebelum suasana makin tegang. Ijam memang seorang yang perengus, berbeza dengan yang lain.
Aizat: Anip, lepak dulu ye. kitorang nak jamming. Lepas tu kita belajar.
Hanif: Takde hal.
Mereka memainkan lagu Bintang Di Syurga.
masih ku merasa angkuh
terbangkan anganku jauh
langit kan menangkapku
walau kan terjatuh
dan bila semua tercipta
hanya untuk ku merasakan
semua yang tercipta
hampa hidup terasa
Hanif memerhatikan Aizat dan Jo yang memetik tali gitar. Nadanya berlagu sama dengan suara vokalis, Don. Fiq kelihatan bersahaja dengan keyboardnya. Ijam, sangat bertenaga bermain drum. Sangat agressif.
lelah tatapku mencari
arti untukku membagi
menemani langkahku
namun tak berarti
dan bila semua tercipta
tanpa harus ku merasakan
cinta yang tersisa
hampa hidup terasa
bagai bintang di surga
dan seluruh warna
dan kasih yang setia
dan cahaya nyata
oh bintang di surga
berikan cerita
dan kasih yang setia
Don: Way to go guys. Macam ni la. Baru ada stail.
Semua senyum tanda setuju dengan Don.
Aizat: Guys, korang sambung jamming dulu. Aku ke depan dulu. Nak sambung tutorial dengan Anip.
Don: Okie dokie.
Di depan studio...
Hanif: Hebat korang ni. Semua boleh tahan skil, tapi kenapa aku tengok Ijam tu moody semacam je?